Featured post

APA ITU CINTA ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaa :)  Di hari yang mulia ini, malam yang indah, ingin sekali hakak bercerita tentang cinta.  K...

Saturday, 20 June 2015

Di Atas Satu Cinta

Di atas satu cinta. Something new for me..
Hahhh korang terfikir tak apa yang aku maksudkan dengan ayat "Di Atas Satu Cinta"?

Cinta.. Cinta itu luas.. Jangan salah nilai cinta..

Bak kata Yuna,
"Jangan Kau Menilai Dari Rupaaa.."

Hehe. Hah. Begitu juga dgn cinta.. Jangan sesekali korang pandang sinis dengan cinta. Cinta itu anugerah.

Guys. Sedar tak korang dah terlalai dgn cinta? Hah?

Sibuk dok usha sana sini, awek sana sini, pakwe sana sini, look around situ, look around sini, hah? Dok usha mamat hensem lah, awek cun lah.

Weyhhh. Bangunlah sikit. Bukak mata tu, bukak sebelah mata pon takpelah. Janji kau sedar. That is, cinta yang kau kene kekalkan dan hargai adalah cinta kepada pencipta kita, Allah S.W.T.. Sedar tak?

Kalau taksedar, please lah bangun!

Minta ampun kat Allah. Say that, yang korang telah lalai. In Shaa Allah.

Allah Maha Mendengar dan Maha Pengampun.

Ada juga pihak yg sibuk dok marah marah,

"Aku benci lelaki!"
"Aku takpercaya lelaki!"
"Aku takyakin dengan perempuan, semuanya materialistik!"
"Semua perempuan takboleh pakai.."

Halloo halloo guys. Tidur lagi ke acane ni?

Kau benci macam mana pon dia, kau sakit hati macam mana pon dgn dia, kau rasa dia tu betul ke cinta kekal kau? Hah? Yang kau sibuk dok marah dia itu ini. Eh. Poie lantak lah dia weyh. Itu pilihan dia.

Yang penting, ingat Allah.. Luangkan masa untuk Allah. Yang kau dok asyik chat dia 24 hours tu, baik kau pergi dating dgn Allah. Allah sentiasa tunggu umatNya ajak dating bersama. Hah..

Ingatlah weyh, tanpa cinta Allah, maka tak wujud lah cinta sejati yang kau impikan sesama manusia tu!! Serious talk!!

Lagi satu, pesanan aku, erm janganlah korang menilai seseorang itu dari sudut pandangan luar sahaja.. Sebab apa, sebab kita nilai Allah pon tanpa mengetahui bagaimana keadaan luarannya yang Maha Segala-SegalaNya tu..

See? Don't judge people by it's cover!!

Kulit kacang pon, walau luarannya dah kemek kemek, bila kita kopek, ada jugak yang dalamnya elok jee lagi.. Still sedap dimakan. Right?

Okay, kalau takpercaya, aku bagi contoh lain..

Erm okay, sedang kulit kita sendiri, walau berjeragat banyak mana pon, hah, kudis banyak mana pon, semestinya ke hati dia busuk? Haha. Tak weyh!! Taksama langsung.

Tapi tulah, manusia, lebih pandang kecantikan luar dari yang dalam.

Melainkan, dia mengamalkan cinta sejatinya dengan Allah Ta'ala. In Shaa Allah. Dia akan pandai menilai seseorang bagaimana dia menilai Allah.

Jadi, jagalah hubungan cinta kita kepada Pencipta kita. Sayangilah Allah, sebagaimana Allah menyayangi umatNya.


Amalkanlah segala suruhanNya dan tinggalkanlah segala laranganNya..

Jaga solat. Puasa di bulan Ramadhan. Berilah zakat serta bersedekah. Percayalah qada' dan qadar Allah. Dan usahalah untuk pergi Haji ke Mekkah. In Shaa Allah..

Allah itu maha mengetahui niat dan suci hati seseorang itu.

Aamin Yaa Rabb..

Selamat Mengamalkan Kebaikan 😉

No comments:

Post a Comment