Featured post

APA ITU CINTA ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaa :)  Di hari yang mulia ini, malam yang indah, ingin sekali hakak bercerita tentang cinta.  K...

Saturday, 20 June 2015

Anugerah Terindah

Hahh.. Confirm, everyone must be asking what happen with "Anugerah Terindah"?

Anugerah Terindah.. 

The sound was VERY AMAZING bagi aku.. 

Setiap manusia mempuanyai "Anugerah Terindah" yang bila kita fikir2x kan balik, "Ya Allah, bersyukurnyaa dengan anugerah terindah yang kau berikan ini".. 

Kadang-kadang kita tak sedar, kehadiran dia adalah anugerah terindah kita. Sebab apa? Sebab kau! aku! dia! kamu! kita semua manusia biasa. Hal duniawi selalu melalaikan diri kita. Seriously..

Okay. Let me talk, apa yang aku maksudkan dengan anugerah terindah..

1) Tanpa korang sedar, sebagai seorang anak..

Hallooo!! Sedar tak? Anugerah Terindah yang Allah bagi korang tu sapa? That is your "PARENTS" !! . Guys, wake up.. 

Ibu ayah korang tu! Dyorg anugerah terindah korang tau. 

Dapat tak korang bayangkan, hidup korang tanpa ibu dan ayah? Wujudkah korang if your mom and dad is not around? Mampu ke korang sampai ke tahap ini sebagai student universiti or kolej if korang takde ibu dan ayah? 

Wake up guys!! Dyorang anugerah terindah yang Allah bagi. Sedar tak?  

Pernah tak terfikir, kengkawan korang yang takde ibu or takde ayah or takde ibu dan ayah? Guys, dyorg merana tau. Sedih hidup tak sempurna. Tapi jangan salah anggap, mungkin itu kekurangan dia tapi ada kelebihan yang lain tau!! 

Reminder! 
"SETIAP ORANG ADA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TERSENDIRI" 

2) Tanpa korang sedar, sebagai seorang ibu atau ayah..

Halloooo guys.. Tidur lagi? Sedar tak korang ada anugerah terindah yang Allah beri? 

That is "ANAK".. Guys, mereka anugerah yang paling indah yang wujud dalam hidup tau.

Tapi kenapa? Dunia sekarang, makin leluasa berita buang anak? Ya Allah..

Astaghfirrullahalazim.

Wake up lah woi! Anak tu anugerah terindah tau! 

Kau ingat senang ke nak dapat.. Ramai weyh yang berdoa berharap sangat nak zuriat, tapi yang dah dapat, boleh kau buang buang? Kau ingat tu anak patung ke weyh? Astaghfirrullahalazim.

Salah kau! Jangan kau salahkan anak. Dia lahir pon sebab salah kau sendiri. 

Dah besar kan? 
Sebab tu orang selalu cakap, 
"FIKIR DULU SEBELUM BUAT"
"NANTI MENYESAL KEMUDIAN HARI"

Guys, menyesal kemudian hari tak guna dah. Must go on with your life. BUT!! 
Make it better. Bertaubatlah kpd Allah S.W.T.. 

Allah itu maha pemaaf, maha pengampun.. 

3) Tanpa korang sedar, sebagai seorang sahabat.. 

Hallooo Hallooo Hallooo.. Sedar tak? Korang dok mengata sana, mengata sini.. 

Korang sedar tak, yang dia tu anugerah terindah yang Allah bagi? Hah?

Wake up guys.. 

Orang selalu cakap, 
"Kawan time happy, senang jee cari..
Kawan time sedih, susah nak cari"

Jangan salah guna peribahasa ni. 
Actually this word tell you untuk menghargai setiap kawan dan sahabat yang korang miliki. Sebab apa? 

Sebab dyorg adalah anugerah terindah untuk korang dari Allah Ta'ala.. 

Pernah tak korang bayangkan hidup korang tanpa seorang rakan sekalipon? 

Okay! Aku yakin, mesti jawapan korang..

"Ehh, boleh jee aku hidup tanpa kawan!"
"Entah, aku takheran lah kalautakde kawan!"
"Aku tak kisah, sensorang pon boleh!"
"Alaa, pepandai lah berdikari sendiri.."

HAHAHAHA. YESSSS.. 

Aku pasti, semua jawapan tu mesti terkeluar dari mulut korang.

Tapi, korang pernah terfikir tak, bila waktu korang jatuh sakit, and dalam keadaan korang TAK ADA kawan langsung.. 

Contoh situasi, tetiba kene serangan jantung ke, tetiba migrain ke, tetiba semput ke, tetiba sakit pinggang yang amat sangat sampai korang takboleh gerak.. 

And saat tu, korang bukan dgn family. Korang kat hostel ke, kolejke, kelas ke..

Guys? Korang pernah terfikir tak? 

Ya Allah. Wake up guys.. 

Kawan ke sahabat ke, semua tu manusia biasa. Takpernah lari dari kesilapan.. 

Kesilapan tu akan sentiasa datang, melainkan kita pandai kawal diri. Janganlah jadi budak2x weyh.. Masing2x dah besar dah. Pandai jaga diri, pandai jaga hati, pandai kawal jiwa.. 

Be a smart friend guys.. 

4) Tanpa korang sedar, sebagai seorang isteri/ suami..

Halloooo guys. Again? Still tak wake up? 

Haha. Bangun lah weyh. She is your wife. He is your husband. Weyh, itu anugerah terindah yang Allah bagi tau. 

Boleh kau tengking tengking? Marah marah? Halloo. Respect sikit der. 
She/He is your everything tau!! Please lah hormat dia, hargai dia. 

Korang sedar tak? Ramai pasangan kat luar sana berebut nak dirikan masjid, tapi takmampu tau. Ada yang takcukup badget lagi. Ada yang takdapat restu ibu bapa. Ada yang still takjumpa jodoh. Korang dah dapat apa korang nak kan? Hargailah apa yang ada. 

Bila dah ada. Dah wujud depan mata. Boleh kau abaikan? Buat si dia macam bayang-bayang? Pergh heaven giler hidup kau. 

Sesungguhnya, setiap pasangan yang sempurna itu mahukan hubungannya kekal hingga jannah.. Yang kau? Taknak ke sampai syurga? Weyh, kat sana, semuanya ada weyh. Apa kau nak, apa pasangan kau nak, semua ada tau.. Tu baru bebetul HEAVEN namanyaa. Bukan heaven di dunia jee..

Setiap hambaNya yang bersyukur, pasti disayangi Allah. 

Hargailah Anugerah terindah yang Allah bagi. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.. 

In Shaa Allah. Allah sentiasa menyediakan yang terbaik untuk umatNya.. 

Selamat Menjalani Kehidupan ☺

No comments:

Post a Comment