Featured post

APA ITU CINTA ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaa :)  Di hari yang mulia ini, malam yang indah, ingin sekali hakak bercerita tentang cinta.  K...

Tuesday, 17 November 2015

Nak BERJAYA dalam kehidupan?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera🌷 

Syukur Alhamdulillah, berpeluang kita bersua lagi di malam yang indah dan permai serta angin yang dingin bak angin di tepi pantai. 

HAHAHAHA πŸ˜‚ Berpujangga pulak hamba! 

MAAF! MAAF! 

Okay! Okay! Kita start dengan tajuk asal kita, MACAM MANA KITA NAK BERJAYA YEE? 



Haa okay! 

Apa yee yang kita patut buat kalau kita nak berjaya? 
Ramai beb. Ramai sangat yang hadapi masalah sebiji dgn apa yang sye rasa ni. 


I'm very very very sure. 

Sebab apa? 

Sebab kat dunia ni, tak ada pon yang SEMPURNA! 

Sebab kat dunia ni, tak ada pon yang SEMUA BETUL! 

Sebab kat dunia ni, tak ada yang LENGKAP DAN TERATUR SELAMANYA! 


Serious talk! Memang tak ada weyh. 

Yang ada, CUMA DUA! 

1) KELEBIHAN SIKIT
2) KEKURANGAN SIKIT 


Okay! Bila dah nampak apa yang lebih, mesti PANDAI KAWAL! Mesti PANDAI GUNA! Mesti PANDAI MEMANIPULASIKAN SEMULA apa sebab Allah bagi kita kelebihan tu ? πŸ‘ 

Sebab apa hakak ckp macam tu, sebab manusia ni selalu alpa! Alpa dgn hal duniawi yang takkan kekal pon sampai bila-bila.  

NO! SALAH WEYH!!! 

JANGAN SESEKALI ALPA DAN LALAI dengan duniawi yang tak kekal sampai mana pon ni. Serious talk! 

RUGI SANGAT weyh!  

Jangan sesekali kejarkan dunia dan lupakan akhirat! 

JANGAN! JANGAN! JANGAN! 

Please.. DON'T OKAY? 

Ermm. Rugilah sayang sayangku, jangan sia-siakan hidup kita yang sementara di dunia ni. 


Okay next! Macam mana nak gunakan masa di dunia ni, supaya tak terabaikan AKHIRAT? 

Yaa. Dengan tinggalkan DOSA. Sikit demi sikit, tinggalkan DOSA yang kita buat, satu demi satu. 

Cari MASA, korek dalam diri, apa dosa yang kita selalu buat, apa kejahatan yang kita selalu buat, apa kesalahan yang kita selalu buat? 

Samada SEDAR! Atau TIDAK SEDAR! 

Erm. Bila dah tahu apa yang kita buat selama ni, cuba ELAKKAN! Cuba BUANGKAN! Cuba ASINGKAN DOSA-DOSA tu dan gantikan dengan PAHALA! 

Kan lebih elokkk tu. Betul tak?

Erm. Contoh mudah yang remaja sekarang sering taksedar apa yang kita buat. Senang cerita, dosa dosa yang hari-hari kita buat, dan lama kelamaan boleh jadi BESAR!

Ma shaa Allah. Subhanallah.

Banyak-banyaklah bertaubat sayang-sayangku. Erm okay, contohnya..

COUPLE!

Kita tahu kan COUPLE tu haram? Tapi KENAPA kita still buat? Kenapa kita macam abaikan perkataan HARAM tu?

Yaa! Wake up sayang.

Cepat cepatlah kita, sama-sama..
HALALKAN COUPLE kitaa tu. Hah?
Macam mana?

"NIKAH" lah sayang oi.

Sebab apa? Sebab dimasa saat kita COUPLE, kita takperasan, hari-hari kita dok chat sana, chat sini, call sana, call sini, jumpa sana, jumpa sini??

Wahhhh. Syokkan?

Tapi sedar tak?
Semua tu IKHTILAT tau! Berdosa.

Dalam diam kita takjaga batas pergaulan kita antara bukan Muhrim. Haa.

Subhanallah.

Jauhkanlah.. πŸƒπŸƒ

Okay! Kalau taknak guna istilah COUPLE, cuba tukar status jadi tunang!

Macam mana?
Takde duit?

Jangan risau, tunang ikut syariah islam jee dulu.

Pihak lelaki, beranikan diri, jumpa ibu bapa pasangan dan nyatakan hasrat sebenar utk memperisterikan si dia. Dan begitu juga kepada ibu bapanya sendiri.

Tunjukkan keikhlasan yang anda ada.

In shaa Allah. Terbuka hati pihak pasangan, kalau mereka setuju.

AUTOMATICALLY SAH BERTUNANG DALAM ISLAM.

Alhamdulillah syukur.

TAPI!

EVEN dah bertunang, still kena kawal batas antara lelaki dan perempuan tu. Sebab TUNANG bukan MENGHALALKAN perhubungan yee?

Still kena jaga batas. Kawal pergaulan, usaha sampai capai apa yang kita impikan!

Yela, nak kahwin, mesti ada impian, mesti ada cita-cita.

Walaupun nak kahwin simple simple jee, still kena kumpul duit, lagi lagi pihak lelaki. Janganlah pulak buat donooo jee! HAHAHA.

Orang tua kata, DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN! 🚢🚢

JADI!

Jangan GIVE UP weyh! Teruskan usaha!


REZEKI tu ada, CUMA antara CEPAT atau LAMBAT jee.
Kan org kata, bersabarlah selagi mampu, sebab kesabaran itu akan dibayar dgn kebaikan kelakkk!

Seriously.
Orang juga ada kata, SENYUMlah selagi mampu. Senyum dan senyum dan senyum!
Even masalah datang hari ini, teruskan usaha SENYUM!! SENYUM sedaya upaya!

Dan!

Sambil senyum, sambil cakap dengan hati "POSITIVE THINKING" babeyhhh. Haha! Teruskan fikir baik,

"Allah tga uji aku! Aku kena lulus ujian ni! Walau apa pon jadi, sebab aku nak hadiah nanti!!"

Allah dah sediakan hadiah untuk hambaNya yang lulus ujian tau! 

Ganjaran yang boleh buatkan kita rasa SANGAT SANGAT SANGAT BERSYUKUR ALHAMDULILLAH. 🌷 

ALLAH Maha Besar! 
ALLAH Maha Berkuasa! 

Nak tahu hadiahnya apa? Dah tentulah satu KEJAYAAN yang kita impikan selama ini. 

Subhanallah. Korang taknak ke? 

Mesti nak kan? So cepat! Sesama kita rebut peluang yang ada, sebelum terlambat! 

In shaa Allah, setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahNya. 

Kalau rasa ujian tu berat sangat, mintak KLU dari Allah. Klu apa? Klu utk kita haruangi ujian tu lah! 

KEKUATAN! KEKUATAN DIRI!! 



Allah punya segalanyaa. Segala-galanya! 

Lagi satu! 
Cuba amalkan prinsip dalam hidup, 
"MENGADULAH DENGAN ALLAH" 

ALLAH Maha Mendengar! ALLAH Maha Mengetahui! ALLAH Maha Memahami! 


Cuba elakkan diri daripada bergantung sangat dengan manusia sesama manusia! 

Bergantunglah pada Allah S. W. T. 🌷 


ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! 

Mulakanlah segalanya dengan BASMALAH..
Banyakkanlah BERZIKIR..
Amalkanlah segala perbuatan harian dengan DOA.. 

Supaya diberkati kehendakNyaaa πŸ˜ƒ 

Selamat Menjalani Kehidupan Harian serta BERJAYA DUNIA AKHIRAT.. 

Aamin Ya Rabbal Alamin. 😍

Tuesday, 13 October 2015

Meaning Of LIFE the day by day

Assalamualaikum dan Salam Sejahteraaaa Semuaa :)

Guys! Guys! And Everybody!!!


FINALLY!! FINALLY!!! FINALLY!!!!


Saya jumpa jawapan yang selama ini saya tercari-cari, dari hari ke hari..

Erm, pernah tak korang sedar, dalam hidup ni ada pelbagai bentuk pancaroba yang kita lalui? Pelbagai bentuk? Beragai-bagai bentuk?

Apa yang saya merepek ni kan? Bentuk bulat ke? Bujur ke? Petak ke atau apa?


HAHAHAHAHAHA. No lah!

Bukan bentuk tu. Maksud saya kat sini, pelbagai cabaran dan dugaan yang kita lalui tapi BERBEZA!!

Hahhh. Itulah maksudnya. Pernah dengar pepatah kata,


"Hidup ibarat roda berputar, kejap di atas dan kejap di bawah"

Hah lebih kurang lah maksudnya ni. Maksudnya kat sini, setiap dari kita ada cabaran, tapi ADA yang dapat cabaran MUDAH! ADA yang dapat cabaran KURANG SUSAH! Dan ADA jugak yang dapat cabaran SANGAT SUSAH!! Sehinggakan ada individu yang nak putus asa dengan hidup..

Pernah tak korang lalui keadaan tu?

Hah, itulah apa yang dikatakan dengan bentuk pancarobaa yang berbagai-bagai.




Okay!

Bila dah dapat cabaran, apa yang kita kena buat?

1) SABAR

Hah, cakap pasal sabar, ada juga individu yang rasa muak dan menyampah bila dia ditimpa masalah, mesti orang sekeliling akan kata "SABAR".. Bukan apa, bukan nak kata apa, tapi benda ni dah memang LUMRAH kehidupan, apabila ditimpa musibah, bersabarlahh. Kan? Allah pon selalu nasihatkan kita dalam Al-Quran, bersabarlah wahai manusia. See?

Everything was turn around our life. Even benda yang sama diulang ke apa ke, dah mmg itu yang orang beriman akan buat apabila ditimpa musibah.
Sebagai contoh, Nabi Muhammad S. A. W. juga sering kali diuji oleh ALLAH. Tapi, apa yang beliau buat? SABAR.. Kan?

In shaa Allah, ada jalannyaa.

2) ISTIGHFAR

Tahu istighfar? "Astaghfirrullahalazim" . Hahhh, istighfar banyak banyak, tak kiralah dalam hati ke melalui lisan ke. Hah, terus istighfar, terus dan terus! Jangan pulak nak dduk mengata ke memaki hamun ke!! Eh jangan beb, sabar, dan istighfar jee dulu banyak banyak. Istighfarlah selagi kita mampu. Lagipun, istighfar kan dapat meluruhkan dosa-dosa kecil kita? Sikit-sikit lama lama jadi bukit.

3) LUAHKAN PADA SESEORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI

Hah, cakap pasal luahan hati dan perasan. This is the most part yang paling dan paling dan paling sensitif! Sebab apa?

Sebab luahan ini melibatkan HATI, MULUT, dan MARUAH.

Saya sangat sangat sangat minta tolong, erm tolonglahhh cari seseorang yang boleh dipercayai untuk melepaskan perasan, untuk meluahkan perasaan marah dan geram tu. Okay?

Contoh, orang yang paling boleh dipercayai ialah IBU kita sendiri, keduanya ialah AYAH kita sendiri dan yang terakhir, KAWAN RAPAT DAN BAIK!! Sebab apa? Kalau dia setakat kawan rapat, tapi takbaik? Ma Shaa ALLAH, bahaya sangat tu wahai sayang sayangku. Jangan dan jangan mudah percaya kat kawan macam tu! Kenali dalam dan luar dia dulu, dah yakin, in shaa ALLAH. Ceritalahhh.

Lagi satu pesanan, TOLONG jangan mudah terpedaya dengan SUMPAH yang keluar dari mulut kawan anda. Sebab apa? Sebab kalau betul dia takbuat, takperlu semua tu melainkan tunjukkan keihkhlasan dia dgn perlakuan dan balasan budi dia. Betul tak?


Erm, kalau nak lebih luah, lepaskan airmata yang terkumpul tu! Menangis sebanyak mungkin sampai dia kering sendiri. In shaa ALLAH. Legaa hati tu nanti.



INI JALAN YANG EXPRESS TAU!!


Kalau tak tenang lagi, TERUS PERGI AMEK WUDUK DAN SOLATLAH! Kalau belum solat fardhu, solat dulu, kalau dah, buat solat HAJAT ke TAHAJJUD.. Sujud kepada ALLAH. Mengadu dengan Allah, Dia sentiasa dengar dan tahu apa yang terjadi..




REMINDER!!!!

ALLAH TAKKAN BAGI KITA SUATU UJIAN ANDAI KITA TAK MAMPU.

So, the conclusion is, setiap ujian tu, ada jalan nak menyelesaikannya, cuma cepat ke lambat jee kita nak hadapinyaaa. Subhanallah. Indah dugaan dan ujian ALLAH ini. Semuanya teratur dengan rapi.


Astaghfirullahalazim. Sedarlah sahabat sahabatku :)

Semoga Dapat Beberapa INPUT yang saya sampaikan. Selamat Beramal :)


Terima Kasih..

Saturday, 19 September 2015

Mengenal Erti Cinta Sebenar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Di kesempatan ini, I really want to share this thing to all my fellow  friends. 



First of all, do you realize that CINTA ada dua jenis utama. Perasan tak?

Okay. I'm very sure that most of teenagers nowadays mesti dan pasti sedang bercinta. Betul tak? 

Tapi!

Cinta korang tu, berasaskan nafsu atau betul-betul dari lubuk hati yang dalam?

HAH?? 

Anyone? Boleh bagi jawapan yang pasti tak?


Tak semua kowt boleh jawab. Sebab apa? Sebab aku pon baru dapat jawapan untuk soalan tu. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. 


Mesti ramai tertanya-tanya, 'macam mana nak dapatkan jawapan tu?'..

Do I'm right ?

Even aku sendiri, menjajau search sana sini nak dapatkan jawapan untuk semua yang aku masih tertanya-tanya sampai sekarang. Benda macam ni kena rajin buat research, kena rajin bertanya, kena rajin cari pengalaman kawan-kawan.. 

In shaa ALLAH, dapat punye jawapan tu..

Tapi!! 

Usaha diri sendiri dengan pasangan tu sangat sangat diwajibkan!


Sebab apa? 

Sebab tanpa usaha, tak kemana benda yang kita tawakkal kan tu.. 


Yang penting, HATI KENA SADO!! <3 



Okay!! Back to usaha kita..

"Apa usaha yang kita kena buat?"

"Apa jee yang dia kena buat?"



Erm, senang cerita macam ni, kalau betul cinta kau dan dia dari hati yang tulus dan ikhlas, kau mesti boleh dapatkan kata sepakat dari hati ke hati. 

Masih takfaham? Okay! Aku bagi contoh situasi..




(KAU BERCERITA DENGAN DIA, APA YANG KAU RASA SEKARANG, APA YANG KAU SEDANG MENCARI SEKARANG.

LEPASTU, KAU CUBA TANYA DIA, SAMADA DIA CINTAKAN KAU SEBAB NAFSU OR BETUL-BETUL DARI HATI YANG TULUS DAN IKHLAS, MAKSUDNYA CINTA ALLAH LAH..

KALAU DIA PON TAK ADA JAWAPAN, CUBA TEST HUBUNGAN KORANG..

TAK SUSAH PON.. ADA CARANYAAA)




HAH! Cuba test macam ni.. In shaa ALLAH berkesan. 

Sebab apa aku berani cakap? Sebab aku dan dia pon buat benda ni secara tak langsung. Secara tak sengaja, aku dan dia terbuat benda yang sama dalam waktu yang samaa. 


ALHAMDULILLAH..


Okay! Back to apa yang aku cakap tadi. 

Allah Maha Berkuasa. Semua rancangannya pasti ada hikmahnyaaa. 


Kukuhkan Hati! Kuatkan Iman! Kuatkan Minda! Sadokan Jiwa!!



Ya ALLAH, serious talk, tak sia-sia weyh benda ni. Wajib CUBA dan YAKIN pada ALLAH. 




Okay!! Next .. 

How about CINTA dari nafsu? 


Nak kenal cinta dari nafsu ni senang jee. Contohnya:

  • He/She like you sebab paras rupa yang cantik molek, hensem segak..
  • He/She like you sebab mata kau cantik seperti bulan yang sedang mengambang. 
  • He/She like you sebab bibir kau seksi bak Angelina Jolie. 
  • He/She like you sebab hidung kau mancung bak hindustani.
  • He/She like you sebab badan kau cantik ramping bergaya. 
  • He/She like you sebab kau kaya berharta. 


See? Everything is all about datang sebab nafsu jee brader. 


Lagi satu! Cinta melalui nafsu ni akan menyebabkan kita selalu sangat melakukan ikhtilat. Tak tahu ikhtilat tu apa?
Erm, boleh bukak blog http://fathiahnabilajohari.blogspot.my/2015/09/kekeliruan-menjaga-ikhtilat-dalam.html

Selalu sangat sangat beb! Padahal ikhtilat ni berdosa tau.!!

Even benda ni kecik pada awalnya, tapi bila dah jadi selalu, hari-hari kita buat?

Ma Shaa Allah. Hanya Allah yang tahu, betapa peritnya hidup bergelumang dengan dosa. 


Bak kata pepatah, 

'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'

Ya ALLAH, nak ke dosa kita menggunung-gunung bak gunung berapi? 



Astaghfirrullahalazim.. 




Berusahalah. Teruskan perjuangan!! 

Jangan putus asa. Jangan pulak kau terus tinggalkan dia tanpa berbincang. Itu keputusan paling bodoh yang kau buat. Sebab menyesal di kemudian hari. 

Jangan weyh! Bincang betul-betul. Bincang baik-baik.


Benda ni memang susah, tapi wajib teruskan usaha!!  Cari jalan sehabis baik. 


In shaa ALLAH. :) 


Selamat Menjalani Kehidupan Seharian Dan Selamat Mencuba!  



Monday, 14 September 2015

Kecantikan Fizikal Dan Mental

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera πŸ˜ƒ

Nak tanya sikit ni.

Pernah dengar tak pepatah kata,

"Cantik luar tak semestinya juga cantik dalam"



Pepatah ni banyak maksud tau!

Salah satu daripadanya, mungkin mengisahkan tentang seseorang yang baik dan cantik sungguh luarannya. Tapi dalamannya? Hanya orang yang rapat dengan diri dia yang tahu cantik ke tidok dalamannya.

Selain itu, pepatah ini boleh juga membawa maksud kepada personaliti seseorang yang nampak pembersih luaran, tapi pengotor dalaman. Hah.. Boleh jadi tau!! πŸ˜ƒ

Ataupun! Pepatah ni boleh diguna pakai yang membawa maksud, rupa cantik dan menawan sehingga ramai yang tertarik, tapi hakikat sebenar? Rupa sebenar? Tak semua boleh nampak.


See?

Luaran dan dalaman sangat sangat berbeza tau! Hanya certain certain orang yang boleh tahu hakikat sebenar diri seseorang itu.


Ma Shaa Allah..


Allah pelihara kita dengan baik sekali. Takpernah membuka aib dan keburukan kita kepada orang lain. Melainkan kita sendiri yang buka aib kita sendiri.

Subhanallahiwabihamdih. 😳😳

Bersyukurlah sahabat.



Benda ni, boleh juga dikaitkan dengan peribahasa "bermuka-muka".

Betul tak?


Haha. Tapi sye taknak tumpu kepada muka2x. Sye lebih tumpukan kepada apa yang di depan mata.


Pesanan sye, jangan mudah percaya dengan orang yang cantik molek luarnya, sbb itu bukan peribadi sebenar mereka.

Percayalah.

Peribadi sebenar akan muncul bila anda betul betul mengenali dia. πŸ˜‰πŸ˜‰

In shaa Allah.

Allah maha mengetahui segalanya.


Teruskan usaha. Mengenali dan mendalami. Jangan terus percaya bulat bulat. Takut kita tersilap pilih jalan.


Subhanallah.

Selamat Menjalani Kehidupan Seharian 😊

Sunday, 13 September 2015

Kekeliruan Menjaga Ikhtilat Dalam Bercinta

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.


Someone!! Please help me!!!!!!

Help!
Help!


Hahahaha πŸ˜‚ Actually this thing is really really playing there and here in my brain.




I have searching this thing. The day by day.


But I still doesn't get the right answer.
And now, I really want to share this.


Pernah tak korang rasa keadaan macam ni?

"Korang sedang bercinta. Maksud aku dalam keadaan berkapel. Cinta dan sayang dah melekat kat kepala hotak dan akal fikiran.

Tiba-tiba kau dapat ilham tentang kenyataan ikhtilat. Apa korang nak buat?"


Ikhtilat tu apa?

Erm ikhtilat ni boleh dikatakan penjagaan batas antara lelaki dan perempuan. Bukan batas macam mana. Maksudnya, batas yang selama ni kita tak sedar pon, actually benda yg kita buat tu dosa.

Contoh?

Mesej kosong dengan lelaki / perempuan bukan mahram.

Berbual kosong dengan lelaki / perempuan bukan mahram.

Keluar berdua dengan lelaki / perempuan bukan mahram.



Ya Allah. See?

Semua contoh tu lah yang sedang berleluasa kat dunia ni. Kebanyakan anak muda zaman sekarang dah terlibat dengan perlakuan ikhtilat ni. Ma Shaa Allah 😒😒

The worst thing happen is bila ada yang salah guna kemudahan IT sekarang. Lagi-lagi dengan telefon bimbitnya lagi, laptopnya lagi, ipadnya lagi. Ish, macam-macam lah.

Semua kemudahan ni penarik golongan muda melakukan ikhtilat. Lagi-lagi bila sedang bercinta. Subhanallahiwabihamdih.


Macam mana nak elak semua ni?

Yaa! Hanya satu cara. Melalui hati. Melalui minda! Ubah mindset!


Yaa! Semua ni bukan benda mudah! Tapi boleh tercapai kalau usaha tiada henti. Lagi satu! Minta kata sepakat dengan pasangan yang sedang bercinta.. Jangan pulak buat keputusan terburu-buru dengan terus meninggalkan pasangan. Bincang secara perlahan. Minta kata sepakat darinya. Kalau dia taknak sepakat? Terpaksalah pilih jalan terbaik untuk masa depan bersama.

In shaa Allah ada jalannyaa.

Allah is everywhere. Allah tahu niat kita. Allah tahu apa yang kita nak. In shaa Allah, Allah boleh bantu.

Jangan putus asa.

Benda benda macam ni memang perlukan banyak pengorbanan. Banyak perjuangan. Nak buat baik perlukan usaha. Sebab apa?

Sebab syaitonirrojim di mana-mana pon ada.
Senang dia nak pengaruh manusia.


Ma Shaa Allah. Subhanallah.


Ingatlah!

Nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Usaha tangga untuk berjayaa.

Tangga beribu, tapi akal cuma satu!
Gunakan sebaik mungkin.

 In Shaa Allah πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal 😍

Sunday, 28 June 2015

Permulaan Kesalahfahaman 😍

Permulaan? Kesalahfahaman? Apa tu? 😱

Bak kata penyanyi nasyid tu,
"Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah, begitulah sehari dalam hidup kita, mudah-mudahan diberkati Allah"..


Hehehehe 😊 See? Mulakanlah setiap sesuatu yang kita nak buat dengan basmalah. Okay okay..

Kita sambung dengan apa yang dikatakan dengan word "SALAH FAHAM".. Bila masalah kesalahfahaman ni akan bermula?

Actually, everything of misunderstood terjadi apabila adanya "TIPU HELAH"..
Bila ada seseorang yang memulakan sesuatu tipu helah, maka berkemungkinan besar akan berlakunya salah faham antara satu sama lain. 



Haa. Still tak faham?

Let me explain lebih mendalam tentang apa yang aku maksudkan ni. For example, 

"You pretend to be someone else without pengetahuan empunya badan" 
Lebih2x lagi bila pretend itu melibatkan suatu persalahan atau pergaduhan. Hahahahaha matilah nak.. 



Pretend or pura2x ni adalah yang merupakan satu kesalahan menipu tau.. Menipu itulah yang menyebabkan suatu kesalahfahaman itu terjadi. Bila jadi salah faham, secara automatik, akan terjadilah bermasam muka, tarik muka, tak bertegur sapa, pendam dalam hati apa yang tidak puas dan bila yang dalam hati meletus?? Ahaaa. Bom kebabommm! Meletop woi! Abez semua yang terpendam dikeluarkannya dan terjadilah satu pergaduhan. Oh tidakkkk!

Benda tu lah yang paling paling kita taksuka dalam hidup ni. Betul tak?? 

Jap!! Ke ada yang suka sangat nak bergaduh? Nauzubillah. Jauhkanlah yee.. 

Sebab pergaduhan ni akan mendatangkan dendam antara satu sama lain.

Astaghfirrullahalazim 😳 

So? Faham kan apa yang aku maksudkan? 

Benda ni bukan antara kawan jee, mungkin antara sedara mara, antara guru dan anak murid or maybe antara sesama adik beradik. Pon boleh jadi tau!! 

Sebab tu, dalam hidup ni, kita selalu dengar, orang tua2x kata, 
"JANGAN AJAR ANAK2X KECIK TU MENIPU" 

Sebab apa? Kalau perasanlah, ramai ibu bapa sekarang lebih suka ajar anak2x mereka menipu sejak kecil. Sebagai contoh, 
"Nanti jangan cakap dengan ayah tau, ibu ajak pergi sini!!", kata ibu.
"Shhh diam2x tau! Jangan cakap dgn ibu ayah belanja ais krim ni", kata ayah. 


See? Everything was around us. πŸ˜‰πŸ˜‰ 

Hahaha. So? Mulai sekarang, be careful with what you though to you son and daughter.. You said something new, automatically, dyorg akan ingat dan amalkan. Seriously.. 

Or we can said "Bagaimana acuan, begitulah kuihnya".. 

Hah nak ke anak2x jadi macam kita? Hohoho, taknak lah weyh.. 😍😍 

Nauzubillah Minzalik.. 

So? Elakkanlah tipu helah dalam kehidupan seharian sebelum kita dapat musuh yang ramai. Okay guys? 


Selamat Beramal Semua.. In Shaa Allah ☺

Saturday, 27 June 2015

Percaya Dia? Atau Pon Tidak? πŸ˜‰

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua 😍
Today, I would like to talk about "TRUST" or "KEPERCAYAAN"..



Pernah tak korang rasa benda ni? You trust him/her very very much but one day, he/she lie you and you feel like stupid to trust him. HAHAHA. 
Maksud aku kat sini, kita dah macam orang bodoh sbb percaya kat dia bulat2x. HAHAHA. 😁 

Mesti ramai lagi yang still tak sedar kan? 

Actually, bila sekali kepercayaan yang kita bagi itu dikhianati, aku pasti 100%,to get the trust back is not easy!! Hahaha. It is absolutely right, okay? 

Pepatah selalu kata, 
"KEPERCAYAAN ITU IBARAT SEHELAI KERTAS YANG TELAH DIRONYOK, BOLEH KE NAK LICIN KAN BALIK?" Hahaha. 


See? Bukti depan mata weyh. Takpayah sibuk sibuk nak tanya pakcik google tu, betul ke tak apa aku cakap ni.. Hah.. 

Kepercayaan ni actually sentiasa ada disamping kita. Like between friends, parents, siblings, teachers, boyfriend, girlfriend, wife, husband and somebody else in your life. Semuanya memerlukan kepercayaan beb.. 

Okay! Pokok pangkalnya, kalau hati kata yakin dan ikhlas, makan percayalah dia kat orang tu. Seriously!! 

Tapi! Bila kita dah percaya, tapi dia bohong and tipu kita bulat2x, siap berlakon bagai, pergh.. Memang syok sangat tu beb. Dah macam bahan lakonan dia pulak. Hohoho. 
Taksangka kita ada bakat jadi pelakon utama kan? Hahahahaha. 

So, bila kita ditipu hidup-hidup, ya Allah, hanya Allah yg tahu betapa pedihnya hati sebab mempercayai dia. Halloo guys! Kau ingat senang ke nak bagi kepercayaan tu? Tiba2x, senang2x jee kau hancur musnahkan pelamin yg aku bina? Ergh -,- 
Memang jawapannya "pelamin anganku musnah" lah kannn. Huhh.. 

Sedangkan pinggan kaca yang keras tu pon, bila jatuh sekali, terus pecah, lagikan hati dan percaya yang kita beri, dihempas dgn lesung batu, pergh, mmg punah! 😭 

Bayangkanlah. Anggota paling keras kat badan kita itulah yang paling sensitif dan senang hancur musnah. πŸ’” Inikan pula kepercayaan, ya Allah, hanya Allah saja yang tahu what feeling on that time.. 

Paling pantang ditipu! Lagi2x bila dapat tahu kebenaran dari mulut orang lain? 
Subhanallah. Laillahaillallah.. 

May Allah give a strong to us.. 

Allah always be with us.. In Shaa Allah. 

So, kesimpulannya, bukan nak kata gedik ke mengada ke bila awek/pakwe tu merajuk sbb kau tipu dia, tapi!! 

She/He lost their trusting on you.. 
Everything gone just like that.. HAHA. 

Don't take easy on others heart, especially about trusting between us.. 

Selamat Membaca Dan Mengambil Iktibar..
Wassalam..

Sunday, 21 June 2015

Menjaga Hati


Since some asking me, "How we can make people understand with 'menjaga hati'?"

Yaa. Sincerely. Tak semua orang pandai menjaga hati. Actually, di sekeliling kita penuh dgn hati, 'hati sana', 'hati sini', 'hati keras', 'hati lembut', 'hati kasar'.. Banyak sangatlah.. Tapi yang kita selalu dengar, 'hati-hati weyh kat sana!!' Hehehehe..

See? Semua orang memiliki sekeping hati yang harus dijaga.

Tapi, taksemua sedar yang setiap keping hati itu ade setitik kesensitifan.. Itulah yang paling sukar dijaga walau lembut macam mana pon layanan kita terhadapnya.

"Nak lembut sangat pon takboleh weyh. Kang kita yg dipijaknyaaa!!"

Selalu tak dengar ayat tu? Hahaha. Betul tu..

Bukanlah suruh lembut selamanya cik adik oi. Lembut sekadar menjaga hatinya. If dia takreti menghargai hati kita pula. Yaa. Boleh berkasar, tapi berpada lah k. Jangan sampai jadi dendam.

Seriously, I admit it. Nak jaga hati orang, mmg sangat sangatlah susah. Sampaikan satu tahap, rasa nak terjun bangunan sbb hati kita yang terluka.. HAHA. Tapi kalau bab terjun bangunan ni, biasanya soal cinta.. Huahuahua. #TakdeImanKeDer?
Okay. Taknak cakap pasal cinta. Hehe

Hati. Lagi, kita boleh nampak majority, hati sering terluka antara sahabat. Like as sahabat sebilik, sahabat serumah, sehabat sekelas, sahabat sekolej, sahabat sehidup semati.. Hahahaha. Itulah yang majority bagi aku.

Sebab apa? Sebab hari-hari kau hadap sahabat kau. If kau student lah.

Hadap tu bukan maksud kau kene pandang dyorg dgn annoying okay. Maksud aku, dyorg lah yang berada di sekeliling korang 24hours tau. Mak ayah jauh.. Family jauh. So, everything, sahabat yang tahu. Masalah kau itu ini, sahabat yang nampak. See?

Bak kata seorang penyanyi dangdut ni,

"Jujur ku akui, kamu yang paling okay, cintaku seratus persennn.."

Hehe. Okay okay. Jujur aku cakap, aku sendiri selalu lalui benda ni.

Bagi aku, nak atasi masalah ni. Erm. Jap..
Korang pernah dengar tak, orang selalu cakap,
"Talam bermuka-muka siak dia ni"
"Talam lebih ah kau"
"Pergh. Dia ni takboleh caya seyh. Talam betul!"
"Takpayah nak talam dua muka lah weyh"

Hah pernah dengar? Haa ni lah actually what we should do.

Bukanlah aku nak cakap hidup mesti talamkan muka. Noo!! No!! Bukan macam tu weyh.

Maksud aku, erm be someone yang tak berpihak kat mana mana. Since be like this, kau dengan dia boleh masuk, kau dengan yang sana pon boleh masuk.. Faham kan?

Kalau taknak org cakap kau bermuka. Kau kenalah pandai dan bijak kawal dyorg.

Takfaham?

Okay. Maksudnye, bila kau kat pihak sini, bila dyorg dok mengata pihak sana, please, kau tahan nafsu marah kau dan be quiet!! Just dengar apa dyorg cakap..

Okay since kau kat pihak sana pulak, janganlah pulak kau cerita apa yang pihak sini mengata tadi. Itu antara dia dan dialah. Kau jangan masuk campur. And bila pihak sana tu mengata pihak sini pulak, buat benda sama. Just keep quiet and dengar.

Dah dengar? Simpan jee dalam hati tu. Selagi benda yang dikata tak melibatkan kita, yaa syukur alhamdulillah.

Be a smart person. ☺

Itu baru namanya talam brmuka yang betul weyh.

Saling menjaga hati. Saling menjaga jiwa.

Sape yang nak jadi jiwa kacau weyh?
Meyh bagitahu aku, sape yang dok menyeru jiwa kacau? Ahahahaha.

So? Fahamkan maksud aku menjaga hati dengan bertalam yang sebenar?

Only a smart one will be agree with me πŸ˜‰



Lagi dua keping hati yang korang wajib wajib wajib jaga.. Hati sape?

Hati ayam? Nooo..
Hati lembu? Nooo..

Yesss. HATI IBU dan HATI AYAH kitaa weyh.

Lupa eh? Haa. Dyorg keutamaan kita. Since masih diberi peluang melihat dunia, tolonglah, jaga hati ibu dan ayah tu. Dyorang dah bersusah payah besarkan kau. Menjaga hati kau dari kecil sampai sekarang. Mendidik kau jadi org berguna. Hah.. Still taksedar lagi? Wake up weyh.

Dyorang keutamaan kita. Hati mereka ibarat intan payung emas permata. Mereka sangat sensitif tau!

Jangan sesekali tinggi suara kat mereka!
Jangan sesekali lupa menjaga kesihatan mereka!
Jangan sesekali lupa tanggungjawab terhadap mereka!
Tanya khabar kalau dduk jauh!
Tunjuk kat mereka betapa korang menghargai jasa pengorbanan mereka!
Mereka segala-galanyaa..



Lagi satu pesan aku, if they said no! Janganlah kau buat sesuatu perkara tu. Sesungguhnya setiap benda yang mereka tak restui adalah makbul di mata Allah.

Allah sangat menyayangi umatNya.

Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Jangan menyesal di kemudian hari.. 😍

Selamat Beramal Semua..

Saturday, 20 June 2015

Aurat Sebenar Wanita

Of course, I believe.. 

Ramai giler wanita zaman sekarang masih tertanya tanya lagi pasal aurat sebenar yang dyorg kene jaga.. 

Actually aku takde lah berpengalaman sangat tentang aurat ni. 

Semua ni berdasarkan pengetahuan yang aku faham and yang aku belajar sebelum ni. 

If korang nak tahu, actually nak jaga aurat ni mudah, cuma antara bijak atau tak jee seseorang itu. 

Erm as we know, aurat wanita yang boleh terbuka utk lelaki bukan muhrim hanyalah dari pergelangan tangan, tapak tangan dan bahagian muka.. 

Wahai wanita! Tutuplah bahagian lain tu. Pakai baju longgar, pakai seluar longgar atau kain longgar, pakai handsock, pakai stokin..  


Yaa. I'm sure, bukan senang nk kekalkan tabiat yang baru secara drastik. 

Weyh. Slow slow lah. Boleh kan? 

Pernah dengar tak, orang selalu kata, "Benda yang paling mahal adalah benda yang dilindungi dan benda yang disembunyikan".. 

Jadi, tutuplah auratmu wahai wanita.. 

Tutuplah selagi mampu, jangan sampai menyesal di kemudian hari. 

Erm dalam hal ini, bagi aku, semuanya bermula dengan "PENGARUH" especially rakan sebaya. If rakan sekeliling menutup aurat, sopan santun, and I'm sure, kita akan rasa malu dan ingin menjadi seperti mereka juga.. 

Yaa guys. Wake up! Keadaan sekeliling pengaruh utama gerak geri kita dalam kehidupan seharian tau! 

Lagi satu, wanita selalu berfikir, bahawa orang yang menutup aurat ni tak reti fesyen lah, buta fesyen lah. Hahh SILAP OKAY!! 

Banyak fesyen terkini yang seseuai utk muslimah menutup aurat tau. "JANGAN KAU PANDANG RENDAH OKAY!!" 
Hahaa. Yaa. Banyak jubah lawa2x, cantik2x, comel2x untuk muslimah zaman sekarang ni tau. 

#AkuSendiriCairTengokFesyenJubahZamanSekarang 
#MeltingMakkkNakkOi..

Bab tudung? Hah. Semestinya ke tudung labuh takboleh berfesyen? Helloo.. Banyak lagi selendang, pashmina labuh2x yang senang digayakan tu okay! Bukan takde pon. 

Yaa. Aku pasti, most of korang akan berpendapat dan membuat hypotesis that: 
makin labuh, makin besar baju or tudung, makin bertambah kos pembelian. Kan?

Hal ini mesti menjadi satu masalah untuk yg berpendapatan rendah. 
Erm jangan risau kak, makcik2x semua. 
Taksemestinya kita nak berubah, semua nak baru. No! No! 

Kita boleh menutup aurat semampu kita. Tutup semampu yang boleh. 

Sesungguhnya, Allah takpernah minta sesuatu yang akan menyusahkan umatNyaa.. 

Suruhan Allah mudah, "Tutuplah auratmu".. 



See? Semuanya boleh jadi like people said,

"Di mana ada kemahuan, di situ ada higwayyyy".. 

EH SILAP! HEHE

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"..
"Nak seribu daya, taknak seribu dalih"..

Fahamkan maksudnya? 

Jadi kaum HAWA, jagalah amanah untukmu itu. Selagi masa masih ada. 

Lagi seram bilaorang selalu kata "dunia nak khiamat", "dunia akhir zaman".. 

Ya Allah. Astaghfirrullahalazim. 

Kalau tak sekarang, bila lagi kita nak tutup yaa Hawa.. ☺ 

Selamat Beramal Semua ..

Di Atas Satu Cinta

Di atas satu cinta. Something new for me..
Hahhh korang terfikir tak apa yang aku maksudkan dengan ayat "Di Atas Satu Cinta"?

Cinta.. Cinta itu luas.. Jangan salah nilai cinta..

Bak kata Yuna,
"Jangan Kau Menilai Dari Rupaaa.."

Hehe. Hah. Begitu juga dgn cinta.. Jangan sesekali korang pandang sinis dengan cinta. Cinta itu anugerah.

Guys. Sedar tak korang dah terlalai dgn cinta? Hah?

Sibuk dok usha sana sini, awek sana sini, pakwe sana sini, look around situ, look around sini, hah? Dok usha mamat hensem lah, awek cun lah.

Weyhhh. Bangunlah sikit. Bukak mata tu, bukak sebelah mata pon takpelah. Janji kau sedar. That is, cinta yang kau kene kekalkan dan hargai adalah cinta kepada pencipta kita, Allah S.W.T.. Sedar tak?

Kalau taksedar, please lah bangun!

Minta ampun kat Allah. Say that, yang korang telah lalai. In Shaa Allah.

Allah Maha Mendengar dan Maha Pengampun.

Ada juga pihak yg sibuk dok marah marah,

"Aku benci lelaki!"
"Aku takpercaya lelaki!"
"Aku takyakin dengan perempuan, semuanya materialistik!"
"Semua perempuan takboleh pakai.."

Halloo halloo guys. Tidur lagi ke acane ni?

Kau benci macam mana pon dia, kau sakit hati macam mana pon dgn dia, kau rasa dia tu betul ke cinta kekal kau? Hah? Yang kau sibuk dok marah dia itu ini. Eh. Poie lantak lah dia weyh. Itu pilihan dia.

Yang penting, ingat Allah.. Luangkan masa untuk Allah. Yang kau dok asyik chat dia 24 hours tu, baik kau pergi dating dgn Allah. Allah sentiasa tunggu umatNya ajak dating bersama. Hah..

Ingatlah weyh, tanpa cinta Allah, maka tak wujud lah cinta sejati yang kau impikan sesama manusia tu!! Serious talk!!

Lagi satu, pesanan aku, erm janganlah korang menilai seseorang itu dari sudut pandangan luar sahaja.. Sebab apa, sebab kita nilai Allah pon tanpa mengetahui bagaimana keadaan luarannya yang Maha Segala-SegalaNya tu..

See? Don't judge people by it's cover!!

Kulit kacang pon, walau luarannya dah kemek kemek, bila kita kopek, ada jugak yang dalamnya elok jee lagi.. Still sedap dimakan. Right?

Okay, kalau takpercaya, aku bagi contoh lain..

Erm okay, sedang kulit kita sendiri, walau berjeragat banyak mana pon, hah, kudis banyak mana pon, semestinya ke hati dia busuk? Haha. Tak weyh!! Taksama langsung.

Tapi tulah, manusia, lebih pandang kecantikan luar dari yang dalam.

Melainkan, dia mengamalkan cinta sejatinya dengan Allah Ta'ala. In Shaa Allah. Dia akan pandai menilai seseorang bagaimana dia menilai Allah.

Jadi, jagalah hubungan cinta kita kepada Pencipta kita. Sayangilah Allah, sebagaimana Allah menyayangi umatNya.


Amalkanlah segala suruhanNya dan tinggalkanlah segala laranganNya..

Jaga solat. Puasa di bulan Ramadhan. Berilah zakat serta bersedekah. Percayalah qada' dan qadar Allah. Dan usahalah untuk pergi Haji ke Mekkah. In Shaa Allah..

Allah itu maha mengetahui niat dan suci hati seseorang itu.

Aamin Yaa Rabb..

Selamat Mengamalkan Kebaikan πŸ˜‰

Kun Anta a.k.a Be Yourself

Kun Antaa Ya Habibi Ya Maulana 😍

Kun Anta.. 
Kalau orang tanya aku, apa maksud "Kun Anta"? 

Hehe. Benda pertama aku tanya dia. 
Apa maksud "Kun Fayyakun"? 

If Allah said "Kun Fayyakun", maka jadilah iaa.. 

So, "Kun" is JADILAH dan "Anta" is AWAK, DIRI SENDIRI.. 

Kun Anta = Jadilah diri sendiri.. 

Hahaha. Guys, wake up!! Be yourself. 

Dalam kemamaian korang, aku yakin, mesti ramai sangat yang still hidup dalam kepura-puraan.. Is it right?? Hahaha

Sedarlah weyh. Hidup ni tak perlu berpura-pura. Sebab kepura-puraan tu takkan bawak kita jauh kemana pon. Walhal, dengan berpura-pura lah kehidupan kau akan tetap berpusing, berpatah balik seperti bumi yang berputar. Nothing will changes if your life is full with lying. 

Takde ape yang akan berubah. Seriously. 

Aku yakin. Each of student, mesti lalui keadaan pura2x ni. Sebab apa? 

Sebab setiap kawan yang kita ada ni, semuanya berbeza sifat, sikap dan cara. Mesti ada antara mereka yang akan menegur yang dia taksuka cara kita macam ni, macam tu.. Hey, excuse me. Itu cara kita!! Nobody can changes except diri kita sendiri. Korang sedar tak? Haha

Lagi? Pura2x, bukan setakat antara kawan, ada juga antara ibu bapa dan anak-anak. Hahaha. Macam2x kan zaman sekarang ni. 

Remaja sekarang, susah sangat nk jumpa remaja yang jujur ikhlas with their parents and tell everything apa yang dia buat kat luar. Tak kisah lah, dia buat jahat ke, buat baik ke, ada ke yang still jujur dgn ibu bapa dyorg? Ahaha. Yaa. Maybe ada, tapi just a piece of cake.. Sikit sangat bilangannya weyh. 

Helloo adik2x akak2x abg2x, be yourself lah. Takperlu nk pura2x baik depan parents, belakang macam setan. Ish nauzubillah.. 

Astaghfirrullahalazim. Jauhilah..

Bagi aku, di mana saja kau berada, di mana saja kau tinggal, di mana saja kedudukan kau, haa satu jee pesanan aku.. 

"JADILAH DIRI SENDIRI" 

Sebab setiap diri kita mempunyai peribadi mulia. 
Sebab setiap diri kita ada kelebihan dan kekurang masing-masing.

Contoh:
Si A: Kelebihan dia pandai, tapi dia kurang bab duit.
Si B: Kelebihan dia duit, tapi dia kurang bab jaga hati.
Si C: Kelebihan dia pandai jaga hati, tapi kurang bab pasangan.
Si D: Kelebihan dia ada pasangan yang memahami dan baik, tapi kurang bab duit.

See?

Everything can happened guys..
Cuma antara sedar ke taksedar jee..

So, starting from now, wake up guys.
And be yourself. Start everything with your own way. Tetapkan pendirian.

In Shaa Allah.

May Allah Bless Our Life. Aamin Ya Rabb.

Anugerah Terindah

Hahh.. Confirm, everyone must be asking what happen with "Anugerah Terindah"?

Anugerah Terindah.. 

The sound was VERY AMAZING bagi aku.. 

Setiap manusia mempuanyai "Anugerah Terindah" yang bila kita fikir2x kan balik, "Ya Allah, bersyukurnyaa dengan anugerah terindah yang kau berikan ini".. 

Kadang-kadang kita tak sedar, kehadiran dia adalah anugerah terindah kita. Sebab apa? Sebab kau! aku! dia! kamu! kita semua manusia biasa. Hal duniawi selalu melalaikan diri kita. Seriously..

Okay. Let me talk, apa yang aku maksudkan dengan anugerah terindah..

1) Tanpa korang sedar, sebagai seorang anak..

Hallooo!! Sedar tak? Anugerah Terindah yang Allah bagi korang tu sapa? That is your "PARENTS" !! . Guys, wake up.. 

Ibu ayah korang tu! Dyorg anugerah terindah korang tau. 

Dapat tak korang bayangkan, hidup korang tanpa ibu dan ayah? Wujudkah korang if your mom and dad is not around? Mampu ke korang sampai ke tahap ini sebagai student universiti or kolej if korang takde ibu dan ayah? 

Wake up guys!! Dyorang anugerah terindah yang Allah bagi. Sedar tak?  

Pernah tak terfikir, kengkawan korang yang takde ibu or takde ayah or takde ibu dan ayah? Guys, dyorg merana tau. Sedih hidup tak sempurna. Tapi jangan salah anggap, mungkin itu kekurangan dia tapi ada kelebihan yang lain tau!! 

Reminder! 
"SETIAP ORANG ADA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TERSENDIRI" 

2) Tanpa korang sedar, sebagai seorang ibu atau ayah..

Halloooo guys.. Tidur lagi? Sedar tak korang ada anugerah terindah yang Allah beri? 

That is "ANAK".. Guys, mereka anugerah yang paling indah yang wujud dalam hidup tau.

Tapi kenapa? Dunia sekarang, makin leluasa berita buang anak? Ya Allah..

Astaghfirrullahalazim.

Wake up lah woi! Anak tu anugerah terindah tau! 

Kau ingat senang ke nak dapat.. Ramai weyh yang berdoa berharap sangat nak zuriat, tapi yang dah dapat, boleh kau buang buang? Kau ingat tu anak patung ke weyh? Astaghfirrullahalazim.

Salah kau! Jangan kau salahkan anak. Dia lahir pon sebab salah kau sendiri. 

Dah besar kan? 
Sebab tu orang selalu cakap, 
"FIKIR DULU SEBELUM BUAT"
"NANTI MENYESAL KEMUDIAN HARI"

Guys, menyesal kemudian hari tak guna dah. Must go on with your life. BUT!! 
Make it better. Bertaubatlah kpd Allah S.W.T.. 

Allah itu maha pemaaf, maha pengampun.. 

3) Tanpa korang sedar, sebagai seorang sahabat.. 

Hallooo Hallooo Hallooo.. Sedar tak? Korang dok mengata sana, mengata sini.. 

Korang sedar tak, yang dia tu anugerah terindah yang Allah bagi? Hah?

Wake up guys.. 

Orang selalu cakap, 
"Kawan time happy, senang jee cari..
Kawan time sedih, susah nak cari"

Jangan salah guna peribahasa ni. 
Actually this word tell you untuk menghargai setiap kawan dan sahabat yang korang miliki. Sebab apa? 

Sebab dyorg adalah anugerah terindah untuk korang dari Allah Ta'ala.. 

Pernah tak korang bayangkan hidup korang tanpa seorang rakan sekalipon? 

Okay! Aku yakin, mesti jawapan korang..

"Ehh, boleh jee aku hidup tanpa kawan!"
"Entah, aku takheran lah kalautakde kawan!"
"Aku tak kisah, sensorang pon boleh!"
"Alaa, pepandai lah berdikari sendiri.."

HAHAHAHA. YESSSS.. 

Aku pasti, semua jawapan tu mesti terkeluar dari mulut korang.

Tapi, korang pernah terfikir tak, bila waktu korang jatuh sakit, and dalam keadaan korang TAK ADA kawan langsung.. 

Contoh situasi, tetiba kene serangan jantung ke, tetiba migrain ke, tetiba semput ke, tetiba sakit pinggang yang amat sangat sampai korang takboleh gerak.. 

And saat tu, korang bukan dgn family. Korang kat hostel ke, kolejke, kelas ke..

Guys? Korang pernah terfikir tak? 

Ya Allah. Wake up guys.. 

Kawan ke sahabat ke, semua tu manusia biasa. Takpernah lari dari kesilapan.. 

Kesilapan tu akan sentiasa datang, melainkan kita pandai kawal diri. Janganlah jadi budak2x weyh.. Masing2x dah besar dah. Pandai jaga diri, pandai jaga hati, pandai kawal jiwa.. 

Be a smart friend guys.. 

4) Tanpa korang sedar, sebagai seorang isteri/ suami..

Halloooo guys. Again? Still tak wake up? 

Haha. Bangun lah weyh. She is your wife. He is your husband. Weyh, itu anugerah terindah yang Allah bagi tau. 

Boleh kau tengking tengking? Marah marah? Halloo. Respect sikit der. 
She/He is your everything tau!! Please lah hormat dia, hargai dia. 

Korang sedar tak? Ramai pasangan kat luar sana berebut nak dirikan masjid, tapi takmampu tau. Ada yang takcukup badget lagi. Ada yang takdapat restu ibu bapa. Ada yang still takjumpa jodoh. Korang dah dapat apa korang nak kan? Hargailah apa yang ada. 

Bila dah ada. Dah wujud depan mata. Boleh kau abaikan? Buat si dia macam bayang-bayang? Pergh heaven giler hidup kau. 

Sesungguhnya, setiap pasangan yang sempurna itu mahukan hubungannya kekal hingga jannah.. Yang kau? Taknak ke sampai syurga? Weyh, kat sana, semuanya ada weyh. Apa kau nak, apa pasangan kau nak, semua ada tau.. Tu baru bebetul HEAVEN namanyaa. Bukan heaven di dunia jee..

Setiap hambaNya yang bersyukur, pasti disayangi Allah. 

Hargailah Anugerah terindah yang Allah bagi. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.. 

In Shaa Allah. Allah sentiasa menyediakan yang terbaik untuk umatNya.. 

Selamat Menjalani Kehidupan ☺

Friday, 19 June 2015

Macam mana nak berubah tanpa gangguan? 😘

Assalamualaikum. Halloo Halloo Hallo πŸ˜‰

Hah. Then kita back kat tajuk utama kita hari ini, macam mana kita nak berubah jadi lebih baik tanpa gangguan? Ahaaa.. 

Kalau korang perasanlah, lately, ramai remaja yang post update sana sini and cakap dyorg nak berubah.. 

Contoh: 

" Alhamdulillah, pintu hatiku dah terbuka utk memakai tudung labuh 😍 "

And, absolutely semua orang yg baca, teruja giler dgn status dia. Alhamdulillah. 
Semuanya taksabar nak lihat keadaan dia berubah. Yaa Allah. Semua bersyukur kehadrat Illahi.

πŸ˜” tapi.. malangnyaaa.. 
Status tu, ibarat nothing. Dia pakai tudung labuh hanya dalam seminggu maybe? 

Erm. Semua turut simpati dan hampa kerana tu semua tipu belaka. 

Astaghfirrullahalazim. 

Kesimpulan cerita di atas, actually, budak tu bukan taknak berubah. Cuma, dia masih blom jumpa cara untuk elakkan daripada hasutan syaitan. Dia takjumpa cara sesuai untuk dia berubah. 

Actually, nak berubah, mmg susah. Susah sangat. Tapi.. Perubahan tu boleh berlaku dgn adanya niat dan usaha diri sendiri. Seriously. 

Okay. Back to macam mana nk berubah tanpa gangguan tadi yee.. 

1) SOLAT LIMA WAKTU 

Solat 5 waktu adalah benda wajib untuk setiap umat islam. Subuh. Zuhur. Asar. Maghrib. Isyak. 
5waktu jee guys. Bukan 50waktu. 

Like what we knew, sebelum ni, Nabi Muhammad S.A.W telah pujuk Allah S.W.T supaya mengurangkan waktu solat umatnya. Ya Allah. Sungguh mulia dirinyaa.

Kita patut bersyukur dgn adanya Nabi Muhammad, ringan sikit beban kita, tanggungjawab kita kepada Allah Ta'ala. 

Allah maha mengasihani. 

Jadi, janganlah tinggal solat lima waktu tu. Kalau tertidur, terus qada' solat tu. Jangan ditangguh-tangguh. Sesungguhnya hutang kita kepada Allah banyak sangat. 

2) BACA QURAN, ZIKIR, DOA

Seterusnya, amalkan membaca al-quran, zikir dan doa ni setiap kali selepas solat. Jika rasa berat, amalkan selepas solat maghrib sementara tunggu waktu isyak, isi ruang tu dengan membaca quran dan berzikir kepada Allah. In Shaa Allah, Allah suka. Bukan dengan bertasbih pegang phone jee. Astaghfirrullahalazim. Dunia makin maju. Teknologi moden sana sini.

Lagi2 di bulan Ramadhan yg mulia ini, penuhkan masa lapang tu dgn membaca al-quran atau berzikir atau berselawat ke atas nabi. Cuba khatamkan al-quran tu di bulan Ramadhan ini. Ya Allah. Besar ganjaran-Nya.

Zikir, selawat ke atas nabi, bukan susah pon. Ya Allah. Sementara dduk takde buat ape tu, zikir selawat ke atas nabi. Taksalah pon. 😍 bukannya sibuk dok nyanyi lagu sana sini. Astaghfirrullahalazim. 

Istighfar banyak banyak lah sahabat.


3) SELALU BERTAUBAT

Apa yang dikatakan dgn selalu bertaubat ini. Erm begini, as we know, ramai di kalangan kita ni selalu hadapi situasi di mana bertaubat kejap, then buat lagi benda yg sama. Betul tak? 

Yaa. Absolutely, ramai yg lalui begitu.

Jangan give up guys! Keep it up. 

Buat solat taubat tu dgn bersungguh. Sungguh sungguh ingin meninggalkan larangan-Nya. In Shaa Allah. Allah bantu kita. 

Everytime you make mistakes, terus minta maaf, minta ampun dgn Allah. Taubatlah sahabat. 

Allah Maha Mendengar. 

Actually you must be remind that 
"NOBODY PERFECT IN THIS WORLD" 

So? Do you think that there is nothing you had made mistakes after you BERTAUBAT? 

NO man! Must have something mistakes!

So that's why, amalkan minta maaf setiap kali buat salah. Bukan sahaja dgn Allah, begitu juga sesama manusia. 

4) ELAK PENGARUH RAKAN JAHAT DAN DEKATI RAKAN BAIK

Benda ni bukan nak cakap kita memilih. Tapi.. Okay actually like this..

Semua orang kita kawan. Tapi. Kalau rasa ada kawan tu yg selalu ajak buat kejahatan and rasa dia mmg dah takboleh diubah, erm.. Jauhilah diri darinya. Sebab apa? 

Sebab kita pon baru nk belajar berubah. Tapi dia makin hasut kita takpayah berubah. Should it be? Ahahaha. No way man!

And try dekatkan diri dgn kawan yg baik, yg selalu ingatkan kita solat, yg selalu ajak kita buat baik.. Yaa that's good people.. Dekatilah mereka dan minta nasihat dari mereka. Macam mana mereka hadapi perubahan dari awal dulu? Serius. Dyorg banyak membantu beb. Sangat membantu. 

5) HUKUM DIRI SENDIRI 

Hah mesti takut kan bila dengar ayat 'Hukum Diri Sendiri' WOW!! AMAZING!! 

HEHE. Okay. Actually bukanlah hukun macam mana cikgu kat sekolah hukum kita bila kota tak buat kerja sekolah tu semua. 

No. No. Bukan macam tu.

Maksud hukum kat sini, erm lebih kurang macam ni, "Jangan ikut kata hati" ..

Faham tak beb? Okay. Macam ni. 

Contoh: 

Hati kata "Ya Allah, rindunyaa dia. Nak pergi jumpa dialah. Itulah. Inilah" .

Hohoho. And you! Hukum diri you. 

You said, NO! NO! NO!!

TAKKAN jumpaa sampai kau jadi halal. Faham? 

Hah macam tu. Keraskan kepala anda. Keraskan otak anda. Lawan kata hati!!

Lawan benda yg awk rasa it absolutely wrong!! Lawan lawan lawan sampai menang.. Keep it up. Jangan cepat sangat give up. In Shaa Allah. Allah ada bantu dlm usaha kita tu. 

It is what I mean with Hukum Yourself.. 

Hahhh so? That is the way. Try it. 

Selamat mencuba guys. In Shaa Allah. 

Hati sentiasa takutkan Allah. 😘 

Wassalam 😊