Featured post

APA ITU CINTA ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaa :)  Di hari yang mulia ini, malam yang indah, ingin sekali hakak bercerita tentang cinta.  K...

Thursday, 23 April 2015

Hati Seorang Sahabat

Assalamualaikum sahabat seperjuanganku..

Alhamdulillah. Sekali lagi, dapat kita bersua di blogspot ni.
Yaa. Alhamdulillah. Done sahur. 

Almaklumlah, as a girl, dah dekat ramadhan ni, kelam kabut lah nak ganti puasa. Hahahaha. Aku pon lebih kurang jelaaa.. Hehe.

Okay back to our title, "Hati Seorang Sahabat". Aku ada sahabat. Ramai sangat. Tapi sekarang, yang paling rapat, of course my roomate. Hehe. 

Ha okay. Kita sambung. Hehe. Aku ni, suka terpesong kan?

Okay. Cerita ni lebih kurang like seorang sahabat, yang jadi orang tengah untuk sahabat lain. Aku rasa ada jee kowt antara korang yg pernah lalui semua ni.

Yaa, bagi aku, benda ni mmg susah. Sangat susah. Nak simpan rahsia orang bukan mudah beb. Serius. Bukan setakat jaga rahsia, kene jaga hati, kene jaga perasaan, kene jaga mulut, kene jaga perlakuan. Senang cerita semuanyalah. 

Betul tak? Haha. Aku pasti. 

Benda ni bukan jadi kat kalangan remaja jee, orang tua pon akan lalui semua ni. Sebab ape aku berani ckp macam tu? My lovely mom pon ngadu benda ni kat aku. Haa nampak tak, betapa leluasa nye benda ni kat kalangan manusia sekarang.

Okay. Bagi aku, kalau korang kat tempat macam ni, better korang nasihatkan sahabat tu, supaya berterus terang. Tak elok kan kita mengata sesama mengata di belakangnya. Yaa. Aku mngaku, kekadang aku pon terlepas weyh. 

Astaghfirrullahalazim.
Jauhkanlah dari hambamu ini, ya Allah.

Okay. Nasihat aku seterusnya, erm, jangan back up memana pihak. Biar kita open. Open utk semua. So, takde lah org nak ckp kita ni bermuka muka. Lagi bagus, erm, janganlah bawak cerita sahabat tu kat musuh dia. Tak baik tau. 

Serius takbaik.  

Okay. Seterusnya, erm bagi aku, better korang jangan lah berada di tempat di mana kedua dua pihak tu berada. Sebab ape aku ckp macam tu? 

Sebab, bila kita da bersama kedua pihak, kita akan melihat betapa fake nyee mereka sesama merekaa. Serious talk. Nampak sangat. Dan kita yg org tengah ni, MasyaAllah. Hanya Allah yang tahu ape kita rasaa. 

Bersabarlah wahai hati.. 

Bila korang give up, dah tak tahu nak nasihat ape lagi. Bagi aku, better korang just shut up your mouth. Diamkan jelaa.

Kita dah jalankan tugas kita sebagai sahabat. Bukan taknak bantu, cuma.. Pokok pangkalnya hati masing masing. Betul tak? 

So, ingatlah "MULUT kan senjata paling tajam yang kita ada". Jagalah ia sehabis baik. 

Jangan tunjuk lemah depan sahabat. Sebab, lemahnya kita, lemah lagi mereka.

Sayang semua sahabat aku. 


Wassalam..

No comments:

Post a Comment