Alhamdulliah for having this opportunities on doing this blog again. Seriously, lama sangat tak bukak blog and luah apa akak nak luah. Apa apa pon, serius akak nak cakap, akak bersyukur sangat sangat kerana diberi peluang bernafas, diberi kudrat lagi sampai sekarang, Allahu Akbar.
Okay, hakak nak cerita pasal rezeki. rezeki Allah is everywhere dear! sedar tak hah? mana mana jee Allah ada utk kita, bagi kita rezeki, tanpa kita sedar!!
Allah kan Maha Besar, serius hakak faham apa yang korang rasa bila korang minta itu, minta ini, tp masih belum tercapai. kan? please dear, jangan give up!! ALLAH bukan takbagi apa kita nak, cuma antara cepat atau lambat jee rezeki tu sampai.
Kadang2 kita tak sedar, actually kita terpegang dan tersimpan rezeki org lain. Atau kita terguna rezeki org lain, atau rezeki kita masih pada orang lain. Perasan tak semua tu?? Hah mesti tak punye. Kita takcukup masa utk fikir semua tu, betul tak? Sebab kita sibuk kejarkan hal dunia, Allahu Akbar. :(
Hakak bagi contoh contoh situasi:
1) Ramai juga yang masih takdapat kerja yang sesuai dgn pelajarannya. Jangan bersedih sayang. Allah tga uji tu. Allah nak tgok, kuat mana awak nak tempuhi semua tu. Yaa, of course korang dah usaha, apply sana sini, pergi cari pengalaman temuduga sana sini, tapi, masih belum ada rezeki. Allah tga uji tu. Sabarlah sayang. :(
2) Ramai juga antara kita yang kekurangan rezeki anak. Susah nak dapat anak. Tpi dalam masa yang sama, Alhamdulillah tiada masalah finance. SEE? BERSYUKURLAH sayang. Rezeki tu ada, cuma taksama. Berbeza beza. Mungkin kita lupa, REZEKI ALLAH ITU LUAS. Luas sangat. Jika kita sentiasa bersyukur, tak mustahil ALLAH akan bagi apa yang kita inginkan. Allah Maha Berkuasa.

3) Ada juga yang selalu mengeluh soal sakit yang menimpa. Allahu Akbar, jangan sayang. Sakit itu penghapus dosa. Allah bagi kita peluang menghapus dosa dgn kesakitan yang diberi. Jabgan sesekali mengeluh dgn kesakitan. Walau berat apa pon sakit yg datang, say ALHAMDULILLAH. In shaa ALLAH diberkati dan disayangi Allah. Kadang orang yang bahagia luaran itulah yang sebenarnya sakit dalaman. Jadi, tolonglah sahabat. Jaga tingkah lakumu, jangan mengeluhkan kesakitan.
4) Masalah keluarga. Benda normal dan biasa kita tgok dlm tv kan? But this is the fact okay! Keluarga kaya, banyak duit, nak itu dapat, nak ini dapat, rumah besar, kereta mewah, ada bibik bagai kat ruamh, tapi sayang, keluarga tak bahagia. Anak anak kurang kasih sayang. Parents busy sangat bekerja. Kejar duniawi sampai lupa nak didik anak soal agama, lupa nak didik anak menjadi baik dan sebagainya. Allahu. Salah tu. This look like the normal thing, but actually benda macam ni lah yang melahirkan anak remaja yang rosak akidah dan sebagainya.
Renung-renungkanlah yee. Hakak ada kerja nak buat ni. Pape roger k.
Assalamualaikum dan salam sejahtera dari hakak.
SELAMAT MEMBACA :)