Featured post

APA ITU CINTA ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaa :)  Di hari yang mulia ini, malam yang indah, ingin sekali hakak bercerita tentang cinta.  K...

Tuesday, 13 November 2018

MALU tetapi MAHU

Assalamualaikum guys.

Yeayyyyyy bertemu kembali kita dengan tajuk baru. Hakak terlintas di fikiran.
Malu tapi mahu! Auchhhhhh nampak gediks tapi it's the fact!

Fakta dalam kehidupan harian kita. Dalam sedar tak sedar. Tak banyak, walau secubit rasa dalam hati ni, pasti ada perasaan malu ini tetapi lubukkkkk dalam hati kata mahu. Hahahahahaha kan?

Ha meyhh hakak bagi contoh,

1) Dalam situasi antara anak dengan ibu bapa. Berjalan jalan, bersiar siar di shopping mall, wow power sangat ayat siap pi shopping mall. Haha okay kayyy, jalan jalan pergi econsave, teman ibu dgn ayah cari belanja dapur setiap bulan. Tipu lah takpernah ikut kan. Lagi lagi aweks atau anak dara, weyhhh ikut jangan tak ikut. Sebab apa, sebab dari situ kita belajar kenal sayur bayam, sayu kangkung, sayur sawi, ikan bawal, ikan kembung, ikan talapia, ayam enjek HAHA eh ada kan? Hehe yelaa, maksud hakak, dari situ kita belajar mcm mana nak belanja sebab ONE DAY, kita akan jadi seperti mereka. Exactly like them!

So, balik kepada persoalan malu tapi mahu tadi. Contohlah, bila ada satu benda tu, kita dok pegang, tertarik, rasa unik wowww gitu, mesti ibu atau ayh akan tanya.

"Nak ke? Nak ambil lah.."

Hahahahahahahaha apa korang jawab? Mesti segan nak cakap nak kan? Mesti cepat cepat letak balik barang tu terus jalan, and cakap dgn mereka

"Takpelah bu. Sajee je tengokk."

Hehehe betul tak?

Hah see. Padahal dari lubuk hati say
"Yesss, I want that mom"

😂

2) Next kalau keluar dgn atok nenek. Hahahahaha pon keadaan yang sama. Malahan atok akan terus ambil barang tu and masuk dalam raga shopping barang.

Haha mesti korang rasa macam. WHAT???

Ya Allah malunyaaaaaaaaa 😅

3) Keadaan lain, bila dengan kawan kawan jalan jalan and masatu poket kita kosong. Tapi pergh tgok member shopping. Alahai sedihnyaaa. Sampai korang rasa macam erm. Takpelah, baik aku dduk luar kedai. Nanti sedih takdapat beli benda yg kita tertarik. Kann?

Tiba tiba member kau boleh baca pulak apa yanh bermain di minda. HAHA.

Dia pon tanya, " Nak tak weyh? Aku belanja?"

Allahu Akbar. Bertambah malu. Nak tolak ke nak say yes? Haha segan lah dol. Baik aku tolak. Tapi hati kataaaa
"I want, I want, I want youuuuuu. Nanananana.." HAHAHAHAHAHA 😂

Hah sudah. Menyanyi pulak hakak 😂

Tapi semua situasi ni fakta tau. Fakta yang benar. All happened in our lifestyle. Sebab ini semua kan ujian utk kita. Samada kita lepas atau tidak jee test tu. Betul tak?

Okay lahhh. Hakak dah penat gelak sensorang 😂 Hakak chou duluuu naa. Pape roger!

Assalamualaikummmm 😊

Monday, 12 November 2018

Cinta Itu Buta tapi Cinta Itu Mengajar.

Assalamualaikum Yaaaaa Sahabat 😎

Halloo Halloooo Halloooooo, yuhoooooooooooo salam sejahtera guys. Dalam keheningan malam, kepenatan kerja, kecapekan berfikir, ayuh yuh yuh kita bersama sama menilai dan memuhasabah satu demi satu tentang cinta..

Cintaaa.. Cinta itu membutakan weyh.


Yes! Exactly! Memang membutakan, sebab

dengan cinta, ada yang salah gunakan hati, dengan cinta, ada yang sanggup meninggalkan keluarga,
dengan cinta, ada yang sanggup melawan atau menengking ibu bapa,
dengan cinta, ada yang membelakangkan agama,
dengan cinta, ada yang buta untuk kejar masa depan bahagia,
dengan cinta, ada yang buta akan benda yang baik,
dengan cinta, ada yang sesat jalan daripada lurus ke jalan bengkang bengkok!

WOWWW! Ajaibnyaaa CINTA ❤

Butakah kita dengan cinta? Tetapi mengapa, kenapa, apa, bagaimana untuk kita perbaiki cinta?

How???

Kita lupa satu benda.
Walau apa pon yang jadi, macam mana rabun dan butanya mata kita kerna dik cinta,

One day, lambat laun, kita akan sedar! Hati kita akan diketuk untuk kita wake up dari buta. Percayalahhhh.

Tapi, sebelum kita silap dan selamanya silap, seeloknya, kita cerminkan diri, muhasabah diri, apakah benar jalan yang kita pilih ini?

Macam mana nak muhasabah?

.........take your time........

.........cool down your heart..........

.........relax........inhale.........exhale...........

And say Alhamdulillah, Thank you God.


And when you relax, start think it back. From the start of your love coming 💑

Yaaaaaa finally we realised that CINTA ini mengajar kita! Dari satu benda ke satu benda. Dari satu masalah ke satu penyelesaian. Dari satu yang datang ke satu yang pergi.

Ajar apa eh?

1) Dari silap kita, kita belajar untuk tidak mengulanginya lagi.

2) Dari kedegilan kita, kita sedar yang degil itu datang dari ketidak matangan kita.

3) Dari perbincangan yang kecil, adanya pertelingkahan. Kita belajar arti bertolak ansur dan bersabar.

4) Dari mulut yang lancang, mulut murai, menjawab sana sini, kita belajar untuk berfikir dahulu sebelum bercakap. Kerna apa? Kerna mulut, badan binasa.

5) Dari seorang yang tidak reti sabar menunggu, kita belajar untuk lebih bersabar kerana sayang. Sabar itu kan separuh daripada iman.

6) Dari susah susah bersama, senang senang pon bersama. Keep support each other.

7) Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali. Dgn cinta kita sedar bahawa cinta Allah is the number one! Baru cinta kpd manusia.

8) Dari seorang yang tidak bersyukur, menjadi seorang yang bersyukur sangat dgn apa yang kita ada. Apa yang kita punya. Kerna apa? Kerna ini semua pinjaman semata mata. Satu hari nanti, kita kena pulangkannya kembali.

9) Dari seorang yang terlalu bergantung harap, menjadi seorang yanh berdikari. Independent person. Takmudah, tapi usaha sedaya upaya. Percaya diri. Percaya Allah ada dengan kita.

10) Dari seorang yang memilih, menjadi seorang yang terima apa adanya. Kerana Allah adalah sebaik baik perancang. Kita merancang, Allah yang tentukan. Usaha tangga kejayaan.

Just DUIT!

Doa.
Usaha.
Ikhtiar.
Tawakkal.


In shaa Allah. We can do it!! Teruskan berusaha tau. Never ever ever and never give up!

Allah tak suka orang yang cepat putus asa ni tau. Hehe okay lah. Times up! Hehe

Hakak out dulu tau. Bila ada masa, hakak up lagi. Okay byeee. Assalamualaikum. 😊

Friday, 28 September 2018

Kepentingan Solat Subuh

Assalamualaikum semuaaaa.

Semoga semuanya sihat sihat sahaja serta berada di bawah lindungan Allah. Aamin.

Anw, lamanyaaa hakak tak turun padang jumpa you alls kan. Sorry lah. Hakak busy sikit lah akhir akhir ni.


Okay kayyy. Starting cerita pasal solat Subuh. You all tahu kan, solat subuh ni lah solat yang palingggggg palinggggggg pendek dan ringkas daripada 4 lagi solat fardhu yang lain seperti Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.

TETAPI!

Solat subuh adalah solat yang paling palinggggg paling mudah umat Islam tinggalkan. Persoalannya sekarang,

Erm KENAPAAA?

KENAPAAA guys? KENAPAAAAAAAA?

Allahu Akbar!

Sedangkan solat inilah solat pembuka rezeki kita setiap hari.

Sedangkan solat inilah solat pemberi semangat untuk kita pergi kerja setiap hari.

Sedangkan solat inilah solat yang paling pendek mudah dan ringkas untuk kita lakukan setiap hari.

Tapi kenapaaaaa jadi yang paling mudah kita tinggalkan?


Jawapannya, hanya satu guys!


Sebab kita lebih memilih untuk tidur!

Sebab kita lebih memilih kesenangan sekarang daripada kesengan akhirat.

Sebab kita lebih pilih memikirkan yang pendek dari yang panjang.

Sebab kita lupa! DUNIA ini! DIRI ini! KEBAHAGIAAN ini! KESENANGAN ini! KEAMANAN ini!


Semuanya adalah PINJAMAN dari Allah.
Pinjaman semata mata. Macam mana kita pinjam duit orang, kita kena pulang balik. Pinjam PTPTN, kita kena bayar balik. Pinjam MARA, kita kena bayar balik, siap discount lagi. Hah.

Macam tu jugaklah semua yang kita ada sekarang ni.

Pinjaman semata mata wahai sayang sayangku sekalian. Erm.

Wake up lah dear.

Okay kayy. Hakak bagi contoh yang sepernah terjadi kat diri hakak sendiri.

Bila saatnya hakak memilih untuk tidur berbanding bangun untuk solat subuh,

Saat itulah, rezeki hakak susah nak masuk. Rezeki nak masuk segan segan, segan segan silu. Sebab apa hakak cakap macam tu?

Sebab hakak masatu ada buat part time job. Haha biasalah. Gunakan masa muda semntara masih ada. Buat part time. Buat isi masa lapang. Cari duit lebih. Tolong mak ayah sikit, cari duit kahwin sikit. Haha hamboi banyak betul tujuan tu. Hehe

Hah. Okay sambung.

Saat hakak tinggalkan subuh tu, ya Allah, Allah uji depan depan mata. Time tu lah tiba tiba hakak kena migrain masa nak g kerja part time tu. Keesokannya pulak, boss dah bgtwu awal sruh masuk kerja, tapi bila sampai ptg tiba tiba hujan lebat nyaaa Ya Allah. Hujan rahmat. Saat tu jugak. Boss whatsApp, and dia bagi cuti lagi sehari. Sebab musim hujan. And customer tak ramai and sales tga down. Hakak dah siap siap masatu. Dah nak sampai ke destinasi dah pon. Bila tiba keesokannya lagi. Uish semangat ni nak pergi kerja. Sebab pepagi buta boss dah whatsApp sruh masuk harini. Tiba tibaaa. Saat tgahari. Boss ws lagi, kata kedai tutup pulakkkkk, sebab sambal habis haritu. Wife dia lupa buat sambal. Hahaha See? Tu namanya rezeki nak masuk pon segan segan silu. Allahu Akbar. Ujian Ujian.

Duit dalam purse tinggal RM1 pulak tu masatu.

Tapi itulah hakikatnyaa, amalkanlah bangun pagi pagi, solat subuh. Hari²! And lepas solat jangan tydo balik. Tutup pintu rezeki tu namanya. Orang tua² cakaplah. Haha

Pape pon. Marilah kita sama sama berubah manjadi yg lebih baik dari semalam. In shaa Allah dipermudahkan. Aamin.

Okay lah. Chaow dulu. Pape roger !

Byebyeeee. Assalamualaikum.

Wednesday, 13 December 2017

REZEKI ALLAH ITU LUAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Alhamdulliah for having this opportunities on doing this blog again. Seriously, lama sangat tak bukak blog and luah apa akak nak luah. Apa apa pon, serius akak nak cakap, akak bersyukur sangat sangat kerana diberi peluang bernafas, diberi kudrat lagi sampai sekarang, Allahu Akbar. 


Okay, hakak nak cerita pasal rezeki. rezeki Allah is everywhere dear! sedar tak hah? mana mana jee Allah ada utk kita, bagi kita rezeki, tanpa kita sedar!!

Allah kan Maha Besar, serius hakak faham apa yang korang rasa bila korang minta itu, minta ini, tp masih belum tercapai. kan? please dear, jangan give up!! ALLAH bukan takbagi apa kita nak, cuma antara cepat atau lambat jee rezeki tu sampai.

Kadang2 kita tak sedar, actually kita terpegang dan tersimpan rezeki org lain. Atau kita terguna rezeki org lain, atau rezeki kita masih pada orang lain. Perasan tak semua tu?? Hah mesti tak punye. Kita takcukup masa utk fikir semua tu, betul tak? Sebab kita sibuk kejarkan hal dunia, Allahu Akbar. :(


Hakak bagi contoh contoh situasi:


1)  Ramai juga yang masih takdapat kerja yang sesuai dgn pelajarannya. Jangan bersedih sayang. Allah tga uji tu. Allah nak tgok, kuat mana awak nak tempuhi semua tu. Yaa, of course korang dah usaha, apply sana sini, pergi cari pengalaman temuduga sana sini, tapi, masih belum ada rezeki. Allah tga uji tu. Sabarlah sayang. :(

                                              Image result for sabarlah sayang


2)   Ramai juga antara kita yang kekurangan rezeki anak. Susah nak dapat anak. Tpi dalam masa yang sama, Alhamdulillah tiada masalah finance. SEE? BERSYUKURLAH sayang. Rezeki tu ada, cuma taksama. Berbeza beza. Mungkin kita lupa, REZEKI ALLAH ITU LUAS. Luas sangat. Jika kita sentiasa bersyukur, tak mustahil ALLAH akan bagi apa yang kita inginkan. Allah Maha Berkuasa. 
 
                  Image result for Allah maha berkuasa

3)   Ada juga yang selalu mengeluh soal sakit yang menimpa. Allahu Akbar, jangan sayang. Sakit itu penghapus dosa. Allah bagi kita peluang menghapus dosa dgn kesakitan yang diberi. Jabgan sesekali mengeluh dgn kesakitan. Walau berat apa pon sakit yg datang,  say ALHAMDULILLAH. In shaa ALLAH diberkati dan disayangi Allah. Kadang orang yang bahagia luaran itulah yang sebenarnya sakit dalaman. Jadi, tolonglah sahabat. Jaga tingkah lakumu, jangan mengeluhkan kesakitan. 

                                                    Image result for sakit penghapus dosa

4)   Masalah keluarga. Benda normal dan biasa kita tgok dlm tv kan? But this is the fact okay! Keluarga kaya, banyak duit, nak itu dapat, nak ini dapat, rumah besar, kereta mewah, ada bibik bagai kat ruamh, tapi sayang, keluarga tak bahagia. Anak anak kurang kasih sayang. Parents busy sangat bekerja. Kejar duniawi sampai lupa nak didik anak soal agama, lupa nak didik anak menjadi baik dan sebagainya. Allahu. Salah tu. This look like the normal thing, but actually benda macam ni lah yang melahirkan anak remaja yang rosak akidah dan sebagainya. 



Renung-renungkanlah yee. Hakak ada kerja nak buat ni. Pape roger k. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera dari hakak.

SELAMAT MEMBACA :) 

Tuesday, 28 February 2017

Kepentingan Family Angkat Pabila Hidup Merantau!

Assalamualaikum sahabat sahabat blogers hakak :)

Okay! First of all, HAHA malu sebenarnya nak typing kat tempat open macam ni. Tambahan pula my bro sorang ni kat sebelah ni hah! HAHA abaikan! Biar dia focus on his story. 


Okay! Tentang family angkat?

I know, some of you tak setuju dengan pendapat hakak yang betapa pentingnya family angkat ni bagi hakak. Lagi lagi for those yang merantau macam hakak ni. Merantau jauh dari family. Satu kat sana, satu kat sini. HAHAHAHA :D

Bagi hakak lah kan. Hehe, okay kay hakak jujur lah eh. Hakak ni luar jee nampak sado, luar jee nampak kuat, hakikatnya? ONLY a certain people know me well :)

Image result for FAMILY

Kepentingan family angkat? Okay, hakak explain one by one k?



  • LOVE ! aka KASIH SAYANG 
Jujur, hakak rasa bahagia sangat sangat dengan adanya kasih sayang dari mereka, walau rintangan halangan berat mana pon yg dtg. At least ktorg boleh share the problem together. Walau hakikatnya, memang banyak banyak and banyak sangat halangan! Tapi Alhamdulillah, dengan wujudnya kasih sayang dalam diri antara kami, it' help us a lot.

  • SHARING is Caring :)
No matter what happen! Walau batu besar mana pon datang, they were here utk hakak cerita apa yang jadi kat hakak. Tak kisah lah, even dapat cerita jee pon jadilah. HAHAHAHA sadis tak sadis lah kan cerita hakak ni. But it's the fact! Hakak jadi tak kisah and tak malu langsung utk cerita share semuanya. Memanglah pada awalnya, agak malu and rasa menyusahkan semua. But as long as I can see their smile :) hakak dah rasa bersyukur sangat sangat. 

  • Get a HUG !
HAHAHAHAHA nampak lawak? Tapi benar okay! Taktahu lah korang perasan ke idok, tapi this is me! Bila hakak taktahan nak tahan semua beban kat bahu ni, hakak akan cari someone for hug! (YANG HALAL LAH EH!) Means perempuan lah yee, takkan nak peluk yang bukan muhrim pulak. HEHEHEHE, my mama lah tempat hakak tumpang bahu, tumpang badan, semuanya!! Thanks a lot mama. Walau apa pon jadi, in shaa Allah, hakak tak lupa jasa dia. Also my bro! HAHA tak lupa kau bro. Be my bro walau aku banyak giler susahklan kau! HAHA :D

  • BELIEVE in ALLAH :)
Dalam sedar tak sedar, hakak nak ingatkan satu lagi benda. That is ALLAH S.W.T. Jangan lupa tu! Allah still tempat pertama kita mengadu! Walau hardest berat mana pon cabaran tu. Ingat tu! Even though Family Angkat you were there, but still you need Allah and ONLY Allah can help you and family be the success one! Believe me! Hakak dah lalui bermacam, ada yang nak pecah belahkan hakak dgn family angkat hakak ni lagi, tapi satu hakak percaya! Hakak yakin, ALLAH Ta'ala jumpakan hakakn dgn dyorg ni, pasti bersebab! Kan? 

Image result for FAMILY


So that, tak rugi pon kita tumpang kasih sayang mereka. Malah tak mustahil juga utk kita balas jasa mereka one day kan? 

I'm very apprecaite it! Hakak sangat sangat bersyukur utk pertemuan ini. Alhamdulillah :)

Hakak takkan lupa segala pertolongan bantuan mereka. In shaa Allah. :)


That's all from me tonight. See you guys lain masa okay? 

Wassalam :)

Tuesday, 10 January 2017

APA ITU CINTA ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaa :) 

Di hari yang mulia ini, malam yang indah, ingin sekali hakak bercerita tentang cinta. 



Kawan hakak yang sedang mencari cinta sering ragu, dan sering bertanya pada hakak. "Apa itu cinta weyh?" 


Haa kat sini hakak nak jawab. 



CINTA itu saling melengkapi antara satu sama lain. Bukan nak kata apa, cuba perhati sekeliling, dgn adanya cinta hidup kita saling disokong, saling mendukung, saling membantu, saling bertolak ansur. And everything kita boleh kata "SALING". Ye tak ? 


Kalau ragu lagi, perasan tak, most of pasangan yang ada skrg ni, couple sana couple sini, tunjuk sana tunjuk sini, at the end, apa yang dyorg dapat? It's like nothing bruhhh! HAHAHAHA :)  


So now, hakak nak pesan the MOST IMPORTANT thing sebelum nak bercinta, bercouple bagai, korang kena: 



  1. KENAL dalam dan luar si dia. 
  2. SIASAT latar belakang baik buruk dia. 
  3. TENGOK cara dan gaya dia melayan perempuan or lelaki macam mana. (Kalau gedik semacam like semua org dia gatal menggedik, hah baik takpayah, susah nak jaga tu)
  4. KASIH SAYANG atau LAYANAN dia kat parents dia. Tengok macam mana dia layan mak ayah dia, kalau elok sopan jee, ha macam tu lah dia akan hormat kau bila dah berumah tangga nanti. Seriously!
  5. JANGAN sesekali terus PERCAYA si dia dgn semua aspek! Walaupun kau dah couple ke dah lama kenal ke. JANGAN eh! At least put a few percent for not believing him/her. Percayalah, utk kebaikan bersama :)
  6. TERIMA segala kekurangan dia dan dia pon TERIMA segala kekurangan kita. 
So far, tu jela yang hakak amalkan sebelum ni. HEHE even though hakak pon belum berumah tangga, but I try my best!! Iyeah. 

CINTA ibarat satu penyatuan dua hati yang boleh membentuk kehidupan kita pada masa hadapan. Tak kisah lah bentuk bulat ke bujur ke petak ke segi tujuh ke segi sembilan ke, HAHA yang penting mmg akan membantu banyak dalam pembentukan masa hadapan kita. Sangat sangat memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. TERUTAMANYA bagi remaja remaja yang baru nak UP! HAHAHAHAHA :D 

CINTA?

ADA DUA! 

  1. CINTA MONYET
  2. CINTA SEJATI 

Korang rasa cinta yang korang ada sekarang ni, cinta apa? 

HAHA tanya hati tanya jiwa! Tanya sedalam dalam mungkin! Hakak takde jawapan untuk korang. HEHE :)

Normally, cinta monyet ni masa zaman kanak kanak lah. Senang cerita dari zaman sekolah. Sekolah rendah ke sekolah menengah ke. And bagi hakak, nasib lah kat personality seseorang tu, kematangan dia tahap mana. Ada orang, since habis sekolah, dia dah jumpa cinta sejati. Means dia yakin and serius dgn hubungan tu hinggakan dia nak hubungan tu kekal until jannah. But yg still not matang, ada jee yang sampai umur 20 ke 21 tahun ke still dapat cinta monyet sebab? 

Erm mungkin dia takpernah terfikir hal rumahtangga atau mungkin juga dia nak focus on family dulu atau mungkin dia nak hidup solo lebih selesa, atau mungkin juga dia tak jumpa jumpa lagi someone yg sesaui dan boleh terima dia seadanya. Hah kan?

Okay, thats all for now, tentang cinta kita :)
Hopefully korang enjoy with this slide. See you next time :)

Sincerely, 

Thia Bella :)

Saturday, 9 January 2016

DI MANA TEMPAT MENGADU YANG SEBENAR-BENARNYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Di pagi yang mulia dan tenang ini, dalam keadaan serba kekurangan, tanpa berus gigi, tanpa tuala, tanpa seluar yang mencukupi, tanpa baju yang mencukupi, HAHAHA senang cerita memang everything lah kurang! 

But it's okay, ini semua UJIAN untuk aku. Percaya pada diri, Allah bagi ujian, pasti bersebab. Ye tak? 

So, keep belajar untuk sentiasa REDHA atas ketentuanNya. 
In Shaa Allah. 


HAHAHAHA, okay kay maaf, rasa macam dah TER MELEWENG ni. 

Okay back to our main title, "Bagaimanakah kita nak tahu seseorang itu boleh dipercayai atau tidak?" 

Okay sebenarnya macam ni, kita tahu ALL people is not perfect, right? 

So?
Kenapa mudah sangat nak percaya org apatah lagi someone yang baru beberapa minit jee kenal. Hahh?

Yaa, tahu yang niat tu nak meluahkan, tapi berpada lah sayang. Stress macam mana pon kau, sedih macam mana pon kau, belajar terima hakikat dan simpan semua dulu. Nak menangis dgn someone? Yaa boleh, sbb satu pelukan erat itu in shaa Allah dapat bantu kita kurangkan sedikit kesedihan yang kita rasa. 

Tapi! 

Jangan sesekali cerita masalah lagi lagi yang mengaibkan diri tu, erm better janganlah cerita. Okay?

Erm jangan sedih, ingat tak ibu dengan ayah kita? Hahhh mereka sedia menjadi tmpt mengadu anak anak mereka tau. Haa dengan cara inilah mereka boleh tahu betapa besarnya masalah anaknya dan ujian anak anaknya. Sebab itu peribahasa selalu kata, jadikan ibu dan ayah like a FRIEND. Bukan suruh tak hormat mereka, tapi mengadulah dgn mereka seolah-olah mereka kawan anda. 

Percayalah. Mereka mmg boleh dipercayai 100%. 


Ermm okay, I realize, mesti ada someone yang tiada ibu bapa kan? Atau mereka telah berpisah? Atau mereka tidak sporting? Atau mereka takboleh nak dijadikan kawan? 


Ermmm jangan bersedih yee. Banyakkan berdoa untuk mereka. Doa baik-baik untuk mereka, tak kira samada mereka masih ada atau tiada. Doakan kesejahteraan mereka, In Shaa Allah, dimakbulkan.. 

Okay if someone yang mengalami keadaan sebegitu, ada lagi tempat utk kita mengadu, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 

SubhanAllah, kita alpa kan?

ALLAH selama ini memerhati dari jauh, melihat dari jauh, mendengar dari jauh, dan segalanya Allah tahu. Baik dalam atau luar diri seseorang itu. SubhanALLAH. ALLAH Maha Berkuasa. ALLAH Maha Besar. :) 


Jadi, mengadulah dengan ALLAH. Berceritalah dengan ALLAH. Menangislah dengan ALLAH. Bersedihlah dengan ALLAH. 

Macam mana?

Solatlah. Amalkanlah kewajipan kita, solat LIMA waktu. Bermula dari SUBUH, ZUHUR, ASAR, MAGHRIB dan ISYAK. 


JANGAN TINGGALKAN SOLAT yang UTAMA itu. 

Setelah usai solat, berdoalah! Jangan sesekali lupa atau alpa atau sombong untuk berdoa.  Kerna apa? Kerna doa selepas solat adalah doa yang paling mujarab dan mudah dimakbulkan. Alhamdulillah. 

Allah Maha Kaya. Banyak peluang yang Dia beri untuk kita hapuskan dosa, sikit demi sikit. Percayalah! 


Lagi? 

Bacalah AL-QURAN. Bacalah ayat ayat suci Al-Quran itu. Baca dengan tajwid yang betul. Perlahan-lahan, fahamilah maksud setiap ayat yang dibaca. Fahamilah maksud sebenar ayat yang dibaca. In Shaa Allah tenang hati kita bila baca Quran. 

Erm rasa busy? Tkde nasa utk baca QURAN? Cukuplah sekadar amalkan Zikrullah. Zikir Allah itu luas dan mudah. Nak pergi mana sahaja pon, amalkan dari hati ke mulut. 

SubhanALLAH Walhamdulillah Walaa Illaha IllAllah WallAllahu Akbar.

Beristighfarlah kerana istighfar ini dapat bantu kita menyucikan hati dan membersihkan dosa kecil, sikit demi sikit. 

AstaghfirrullAllahal Azim.

Laa Illahaa IllAllahu WAllahu Akbar. 

Serta amalkan ucapan alhamdulillah setiap kali mendapat suatu kelebihan dan keistimewaan yang datang. 

Alhamdulillah Ya Allah. 

DAN! Tidak lupa juga, amalkanlah SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S. A. W. 

Allahumma Solli A'laa Muhammad Wa A'laa A'li Muhammad. 


Mudahkan? Amalkan 10x di waktu pagi dan 10x di waktu malam, sudah amat memadai. Ini bermaksud, kita akan sentiasa mengingati baginda walau baginda sudah tiada di mata tapi tetap di hati. Alhamdulillah Ya Allah. 



INGATLAH!! TIADA YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH S. W. T. 


Okay NOW? Dah dapat answer untuk soalan yang dicari? 

Haa bagi yang bujang atau single lagi tu, cecepatlah cari isteri atau suami, haa boleh mengadu domba dgn yang tersayang. Huhuhu :D 

Tapi bagi yang sudah berkahwin, mengadulah juga dengan suami atau ister, taksalah melainkan percaya antara satu sama lain. Memang itu kewajipan suami isteri kan, saling mempercayai :) 

SubhanALLAH, ciptaan ALLAH memang indah. Kurniaan ALLAH memang unik. Ketentuan ALLAH itu indah seindah Taman Bunga malah lebih indah dari itu. 


Jadi? Dah tahu mana nak mengadu lepas ni? Dah tahu mana yang boleh dipercayai lepas ni?

Syukur ALHAMDULILLAH. Yakin dan percaya pada diri. 

In Shaa ALLAH berjaya suatu hari nanti.

KIPIDAP! DONGIBAB!


Selamat Menjalani Kehidupan Sebenar Di Dunia Ini :)